Page 31 - e-Dinamik
P. 31
SAMBUNGAN - 2
Terkedu aku disapa Encik Sarif yang melihatkan aku seolah-olah bermonolog sendirian, aku di beri
palet kecil rupanya seperti makanan ikan emas piliharanku dirumah cuma warnanya cokelat dan
baunya seperti minyak ikan , katanya ini makanan anak ikan siakap, manakala yang palet yang
sebesar duit sepuluh sen pula untuk makanan ikan siakap yang besar. Menurut Encik Sarif lagi, ikan
siakap dikenali dengan bahasa saintifiknya Lates Calcarifer, ia merupakan ikan pemangsa yang
mendiami air sungai dan air laut. Ikan siakap liar yang tidak diternak menjadikan crustacean, moluska
dan ikan kecil sebagai dietnya. Katanya lagi, ikan siakap merupakan ikan euryhaline tetapi
stenothermal di mana ia mendiami kawasan sungai dan berhijrah ke muara atau kuala untuk
membiak, jadi tidak hairanlah Laguna Gong Batu ini menjadi medan perternakan ikan siakap yang
paling baik di Malaysia kerana struktur muara dan kawasan yang sesuai untuk perternakan dan
pembenihan ikan siakap. Kagum aku melihat Encik Sarif berkata-kata kerana anak muda ini
mempunyai Ijazah dalam Pengurusan Operasi, namun pengalaman dan pengetahuannya dalam
bidang peternakan perikanan yang jauh dari apa yang di belajar membuatkan dirinya sering menjadi
rujukan para penyelidik terutama dari bidang sains Marin Universiti Malaysia Terengganu. Senyuman
terukir dibibirku bangga ada anak bangsa sepertinya yang tidak lokek berkongsi ilmu padaku. palet di
tanganku di lemparkan ke sangkar, palet ini di import dari Taiwan kerana kandungan nutrisinya tinggi
terdiri dari soya, ia diproses menggunakan teknologi yang canggih dan kalau mahu isinya padat dan
cepat membesar, palet ini akan diberi dua kali sehari pagi dan petang. Ibarat vitamin kedalam tubuh
kita, sekiranya mahu sihat dan kuat kenalah ambil makanan tambahan. Sewaktu aku melemparkan
palet kedalam sangkar, aku terkejut melihat kocakan air yang begitu kuat, rupa-rupanya sang kakap
(ikan siakap) sedang berebut-rebut palet yang jatuh ke dalam sangkar. Melihat gelagat sang kakap
membuatkan aku ketawa dan terhibur kerana, mereka begitu bersungguh-sungguh bersaing diantara
satu sama lain untuk makan, ikan siakap bukanlah sepsis yang agresif bagaimanapun ia akan
memberi tindak balas yang mengejut apabila diusik atau ditangkap. Jangan sesekali menangkapnya
menggunakan tangan, walaupun nampak seperti tenang berenang, sekali ia berenang laju, mampu
terbelahkan tangan dek kerana insangya yang tajam. Ku tinggalkan sang kakap dengan makanannya
seketika untuk aku pulang ke daratan, kerana waktu senja kian mengunjung tiba. Petang itu aku
belajar sesuatu bahawa menjadi seorang usahawan harus berani melawan arus, bumi Allah ini begitu
luas tidak kira di daratan atau lautan, manusia di ciptakan dengan sebaik-baik kejadian untuk mencari
rezeki di bumi ini dan kerana itulah kita harus sentiasa bersyukur dan memujiNYA ….SubhanAllah,
hari esok aku harus pelajari lagi dan menyelongkar khazanah alam ini, azamku harus ku lunas kan
untuk mecari jati diri seorang usahawan yang sebenar.
Hari kedua, jam menunjukan 5.30 pagi, kalau di rumah aku masih lagi lena di buai mimpi, aku harus
menyiapkan diriku kerana misi aku pagi ini adalah melihat bagaimana kehidupan pengusaha-
pengusaha perternak ikan siakap disini meraih rezeki, selesai solat subuh aku sudah berada di jeti
untuk naik ke sangkar peternak, aku tersenyum sendirian, tiada lagi solekan SimplySiti di wajahku,
tiada lagi wangian Bodyshop ditubuhku dan Encik Sarif berkata kalau lewat nanti terlepas nak lihat
matahari terbit kerana katanya rezeki akan murah kalau kita bangun pagi dan memulakan pekerjaan di
awal subuh, sekali lagi bermonolog 6.00 pagi sudah memulakan kerja?.
22