Page 23 - e-Dinamik
P. 23

FAKTOR PENUTUPAN SESEBUAH


          SYARIKAT ATAU PERNIAGAAN


          Shafiee bin Md Tarmudi, Muhamad Ismail bin Pahmi, Ros Hasri bin Ahmad , Siti Masnah binti
          Saringat




          Berdasarkan statistik semasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), setakat 31 Julai 2019, sebanyak
          1,325,580 buah syarikat dan 7,487,619 perniagaan telah didaftarkan di Malaysia. Namun sebanyak 10
          hingga 20% daripada jumlah tersebut akan “gulung tikar” setiap tahun. Berdasarkan statistik SSM,
          tahun 2008 mencatatkan sebanyak 27,913 buah syarikat, 11,409 buah syarikat pada tahun 2009 dan
          11,631 buah syarikat (2010) telah ditutup. Penutupan syarikat ini adalah disebabkan syarikat dinyah
          senarai di bawah seksyEncik 308 Akta Syarikat 1965 yang berdasarkan garis panduan syarikat, iaitu
          samada tidak beroperasi, penutupan sukarela ataupun penutupan operasi oleh syarikat asing. Namun
          apakah faktor sebenar penutupan syarikat-syarikat ini?

          Antara faktor penyumbang kepada penutupan syarikat-syarikat berkenaan adalah disebabkan oleh :
          1. Kelembapan ekonomi semasa antara faktor penyumbang kepada penutupan syarikat. Peluang
          ekonomi yang berkurang menyebabkan syarikat terpaksa bersaing dalam suasana ekonomi yang
          sempit.
          2. Perintah mahkamah kerana kesukaran membayar hutang. Kesukaran membayar hutang
          menyebabkan pemiutang menutup syarikat bagi tujuan mencairkan aset-aset mereka untuk
          mendapatkan pembayaran hutang.
          3. Tiada perancangan atau halatuju yang jelas terhadap perniagaan yang    dilakukan. Tanpa
          adanya perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang terhadap perniagaan, maka syarikat
          akan menghadapi masalah untuk mengembangkan perniagaan di masa hadapan sedangkan para
          pesaingnya telah menyusun pelbagai strategi untuk digunapakai.

          4. Syarikat terbabit mempunyai masalah kewangan yang serius. Kerugian berganda yang dihadapi
          sesetengah syarikat kerana kos yang tinggi dan pasaran yang tidak menentu menyebabkan
          keputusan yang drastik perlu di ambil.

          5. Peningkatan upah. Sebelum ini syarikat tersebut mempunyai jumlah manpower atau tenaga
          kerja yang ramai. Tetapi dengan pengumuman kerajaan terhadap ‘penetapan gaji minimum’ sebanyak
          RM1100/bulan atau RM 5.29/jam bermula Januari 2019, maka akan adanya pertambahan kos untuk
          manpower sedangkan hasil syarikat tidak berubah malahan semakin menurun kesan kelembapan
          ekonomi. Mahu tidak mahu, syarikat kena potong perbelanjaan yang lain atau ‘cut manpower’
          sehinggalah tidak mampu bertahan, syarikat akan tutup terus.

          6. Terlebih belanja atau tersalah belanja dan overbudget terhadap beberapa perkara, contohnya
          seperti pembelian peralatan yang invoisnya ditipu dan tidak dikawal, entertaiment fee yang tidak perlu
          tetapi digunakan sampai terlebih belanja ( contohnya belanja bakal pelangga makan ) , atau penipuan
          dalam pembelian bahan mentah, menjadikan faktor syarikat tadi senang gulung tikar.
          7. Turnover (pekerja yang berhenti dan pekerja baru masuk kerja )yang terlalu banyak pada
          manpower. Produktiviti menjadi lambat kerana perlu mencari orang untuk diganti dan melatih orang
          baru, pun boleh dijadikan alasan mengapa syarikat itu ditutup.
          Sebagai kesimpulannya, perancangan sesuatu perniagaan amatlah penting dalam sesebuah syarikat.
          Sekiranya baik dan betul perancangan perniagaan yang dilakukan, maka syarikat atau perniagaan itu
          akan dapat terus bertahan di dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar.



   14
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28