Page 175 - e-Dinamik
P. 175
Terkejut mendengar pengkhabaran itu, perempuan misteri itu berlari ketakutan menuju ke
rumahnya. Sekelian hadirin yang ada termasuk Imam As Syafie turut sama berkejar ke rumah
beliau untuk membantu. Apa sudah jadii?? Memang benar!! Ketika sampai di lokasi kejadian,
wanita itu melihat api sedang marak membakar rumahnya. Ketika itulah, orang ramai melihat
Imam As Syafie penuh berani meluru masuk ke dalam rumah menyelamatkan beberapa
mangsa yang terperangkap di dalamnya. ''Mulianya akhlak kamu wahai Imam. Setelah difitnah
dan ditohmah, engkau masih menghulurkan pertolongan''
Tatkala mahu mengucapkan terima kasih kepada Imam As Syafie, dalam nada menyesal dan
rasa bersalah perempuan itu meluahkan dan mendedahkan: "Sesungguhnya orang-orang
Yahudi telah mengupah dan menghasut saya melakukan semua ini agar maruah dan
kehormatan tuan jatuh dihadapan murid-murid tuan.“ Allah!!! Murid-murid Imam As Syafie
sekali lagi gempar setelah mendapat tahu bahawa guru mereka baru sahaja difitnah. Mereka
rasa amat bersalah terhadap tuan guru mereka yang soleh lagi bertaqwa itu. Mereka segera
memohon maaf kepada Imam As Syafie. Cuma, apa yang menghairankan mereka, kenapa dari
awal lagi Imam As Syafie langsung tidak menafikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan
kepadanya.
Jawab Imam As Syafie : "Kalau saya menafikan tohmahan dan fitnah itu, saya yakin kamu akan
berpecah menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan terus tidak akan percaya pada saya dan satu
kumpulan lagi akan membenarkan saya namun akan tetap ragu dengan keputusan itu. Maka,
saat itu, saya mahu (membuat keputusan) menyerahkan segala urusan saya kepada Allah
Ta'ala."
Demikianlah kisah seorang ulama besar Imam As Syafie, yang juga tidak lepas dari ujian Allah.
Hanya hakikat kebenaran, ketabahan dan keimanan serta pengetahuan yang tinggi menjadi
sandaran untuk menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus
dihadapi. Peristiwa ini mengambarkan hebatnya sikap seseorang insan yang ikhlas dan benar-
benar menyerah diri sepenuhnya kepada kekuasaan Allah dalam menghadapi sebarang ujian
yang berlaku.
Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mendidik masyarakat bagi menghadapi golongan
yang suka menabur fitnah ini, Imam al-Ghazali ada menggariskan enam adab yang perlu
dilakukan ketika menerima fitnah:
Pertama, jangan mudah percaya kepada pemfitnah kerana berita yang disampakan itu dusta
dan hanya menghilangkan kebenaran.
166