Page 174 - e-Dinamik
P. 174
Oleh:
Siti Noorsiah binti Jamaluddin, Pensyarah Kanan
Teringat pada kata-kata seorang ulama, pelajarilah kisah orang soleh kerana ia adalah butiran
mutiara yang sangat mahal dan memberi nilai yang mahal juga dalam hidup kita. Fitnah dalam
bahasa yang mudah untuk difahami adalah tuduhan yang diada-adakan dalam pelbagai bentuk
untuk memburukkan atau memusnahkan seseorang individu, institusi atau kumpulan. Imam
Ghazali dalam kitabnya (Ihya’ Ulumiddin) menjelaskan bahawa, membocorkan rahsia orang lain
serta menjejaskan kehormatan diri orang itu dengan cara membuka rahsianya dianggap
perbuatan mengadu-domba dan fitnah.
Dalam kehidupan ini, untuk bertaubat dengan melakukan dosa itu bukannya satu perkara mudah.
Mampukah kita untuk berjumpa dan memohon maaf kepada setiap orang yang pernah kita umpat
atau fitnah itu? Maka, sebagai seorang Muslim adalah penting untuk kita meneliti kesahihan setiap
berita yang diterima supaya ia tidak menjadi bahan fitnah serta kita tidak terlibat melakukan dosa
besar itu. Dibimbangi mengumpat atau menyebarkan fitnah menjadi amalan dan pelakunya
merasakan satu kepuasan apabila dapat bercerita perihal dan mengaibkan orang lain.
Saya tertarik dan ingin berkongsi sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang ustaz mengenai
Imam As Syafie menjadi mangsa fitnah dan cara beliau menanganinya: Pada suatu hari, Imam As
Syafie Rahihamullah berada di khalayak murid-muridnya untuk menyampaikan ilmu kepada
mereka.Tiba-tiba seorang wanita masuk ke dalam majlis tersebut dan pada wajahnya macam ada
sesuatu yang tidak kena. "Wahai imam, apakah di waktu malam kamu berzina dan pada siangnya
kamu menyampaikan khutbah kepada orang ramai?“ Allahhh!! Dugaan apakah ini?? Sekalian
murid memandang wajah Imam As Syafie sambil menantikan penuh debar apakah jawapan dan
penafian beliau terhadap fitnah dan tohmahan gila itu?
Imam As Syafie memandang kearah perempuan itu seraya bertanya: "Berapakah harga (upah)
kamu?“ Mendengar pertanyaan itu sekelian murid Imam As Syafie jadi kecoh dan gempar. Ada
yang menjerit, ada juga yang segera bangun dan mahu terus meninggalkan majlis itu. Melihat
respons dan keadaan tidak tentu arah murid-muridnya itu, Imam As Syafie berkata kepada
mereka: "Kalian menganggap saya tak lebih macam kurma, isinya kalian makan dan bijinya kalian
campak begitu sahaja.“ Kata-kata dan sindiran Imam Syafie itu nampaknya belum mampu
menyedarkan betapa buruk sangka mereka itu tidak berasas, bersifat melulu dan ia amat tidak
beradab.
Di tengah-tengah situasi yang gawat itu, sekonyong-konyong masuk seorang lelaki secara
tergesa-gesa. Lelaki itu berkata: "Wahai perempuan, rumah kamu sedang terbakar sekarang!!
Anak-anak kamu masih ada di dalamnya!!!"
165