Page 177 - e-Dinamik
P. 177

Tri bu t e  Bu a t En c i k Abdu l   Raz ak Abu

                                                Oleh:
                                Azura Kamarudzzaman, Pensyarah Kanan,
           1985

           Bermula langkah pertama
           Bergelar pustakawan
           Berbakti di rumah ilmu
           Menyedia perkhidmatan sumber
           Membantu mereka meneliti maklumat dan data
           Agar ilmu dapat diraih cemerlang
           Bertahun mengabdi diri di situ
           Membantu nusa membangun minda
           Agar jaya pasti milik mereka


           1997
           Berkelana di bumi Ratu
           Mempersiapkan diri untuk membimbing dan mendidik
           Setelah pengalaman di rumah ilmu sarat di kepala
           Jiwa semakin pasti sudah sampai tikanya mahu berhijrah
           Mahu mencuba sesuatu yang lebih sempurna

           2002

           Hasrat tercipta, Cita-cita terlaksana
           Dikau kini ahli akademik berwibawa
           Membimbing dan mendidik anak bangsa
           Biar jadi berguna kepada negara
           Detik demi detik dikau lalui dengan penuh ikhlas
           Menyampai ilmu bukan untuk dibalas
           Tanggungjawab digalas tanpa culas
                                                                     Terima Kasih & Selamat Bersara
           Dikau insan istimewa
           Tidak pernah dikau mengundang marah                         ENCIK ABDUL RAZAK ABU
           Tidak pernah dikau bermuka merah
           Tidak pernah dikau beraksi gundah
           Segalanya indah saja
           Dikau kesayangan semua
           Ibarat abang sulung, Ibarat ayah kandung

           2019

           Kini, tikanya sudah tiba
           Menamatkan tugasan adalah pilihan usia
           34 tahun berbakti merentas masa penuh mulia.



   168
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182