Page 176 - e-Dinamik
P. 176

Kedua, melarang dan menasihati keburukan perilaku orang membawa berita fitnah itu supaya
          berhenti memfitnah kerana perbuatannya itu mengundang dosa besar dan Allah SWT juga
          marah dan bencikan golongan ini selain tidak mahu bersekongkol dengannya.

          Ketiga, membenci perbuatan pembawa fitnah itu kerana Allah SWT dan ingat Allah S.W.T
          menyuruh kita mencegah segala bentuk kemungkaran.


          Keempat, jangan berprasangka buruk (suudzon) kepada orang yang menjadi mangsa fitnah
          tersebut kerana bersangka buruk ini merupakan satu dosa di sisi Islam.

          Kelima, jangan ikut menyebarkan fitnah serta menjadi pengintip dengan membuka rahsia
          orang lain.


          Keenam, jangan setuju dengan fitnah yang terlarang itu dan jangan menceritakannya.
          Kemurkaan Allah kepada pembawa fitnah ini pernah digambarkan oleh Rasulullah S.A.W. di
          dalam sebuah hadis yang bemaksud:


          “Dan orang yang paling dimurkai Allah S.W.T. ialah orang yang pergi membawa fitnah,
          memecah belahkan di antara persaudaraan dan mencaci orang yang tidak bersalah terhadap
          kesalahan yang tidak dilakukannya.” (Riwayat al-Tabarani)

          Rasulullah S.A.W juga pernah bersabda yang bermaksud: “Cukuplah pembohongan
          seseorang itu apabila dia menyampaikan semua yang dia dengar.” (Hadis riwayat Muslim)
          yang menunjukkan bagaimana dosa itu bukan hanya di atas bahu orang yang mencipta berita
          palsu, tetapi dosa juga merangkumi orang menyampaikan semua berita yang dia dengar
          sama ada benar atau palsu.

          Begitulah bagaimana kisah seorang yang soleh dan panduan yang diberikan oleh ulama
          besar kita dan junjungan kita Rasulullah S.A.W untuk memberi pengajaran dalam kehidupan
          kita. Seharusnya kita mengambil iktibar serta teladan atas setiap perkara kebaikan yang
          mereka lakukan.



















                                                                                                     167
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181