Page 234 - e-Dinamik
P. 234

LAWATAN KE AFRIKA
                                   Oleh Mohd Izuan Ismail





                                    Baru-baru ini, saya berpeluang berkunjung ke Afrika Selatan
                                    daripada 21 Julai 2019 sehingga 3 Ogos 2019. Kos tiket pergi balik
                                    ke sana adalah RM2,650, penginapan dan kereta sewa RM2,500
                                    dan kami berkongsi mobile Wi-Fi dengan bayaran RM100 seorang.
                                    Saya membawa duit belanja sebanyak RM2,000 (tukar di
                                    MidValley). Terdapat banyak tempat menarik yang saya lawati di
                                    sana, namun saya memilih untuk berkongsi pengalaman saya
                                    berkunjung ke Kruger National Park, Table Mountain dan
                                    penghujung benua Afrika. Untuk pengetahuan anda, ketika tarikh
                                    tersebut, Afrika Selatan sedang mengalami musim sejuk. Tiada
                                    salji, hanya angin sejuk yang bertiup kuat walaupun matahari
                                    bersinar terik. Anda perlukan pakaian tebal ketika ini. Kebanyakan
                                    tumbuh-tumbuhan dibumi Afrika berwarna coklat kehitaman (jelas
                                    kelihatan dari atas kapal terbang).

         Tempat pertama yang ingin saya kongsikan adalah Kruger National Park. Jika anda ingin
         melihat haiwan liar di dalam habitat semulajadi mereka, ini adalah safari yang wajib anda
         kunjungi. Taman Negara ini terletak didalam wilayah Limpopo dan Mpumalanga (timur Afrika
         Selatan) manakala luas kawasan taman ini adalah 19,485 kaki persegi

         Tiket masuk yang kami bayar adalah ZAR1200
         (lebih kurang RM342) untuk sehari (8 pagi hingga 5
         petang) dan harga ini termasuklah permit, seorang
         pemandu dan sebuah 4x4. Terdapat juga trip
         malam tetapi kami lebih suka pergi pada waktu
         siang.   Anda juga boleh memandu kenderaan
         sendiri masuk ke sini dengan harga yang lebih
         murah, tetapi kami memilih untuk membayar lebih
         kerana   pemandu    lebih  arif  tentang  kawasan
         tersebut dan lebih tahu dimana untuk mencari “Big
         5” iaitu haiwan yang berbahaya untuk dijejaki
         secara berjalan kaki: singa, harimau bintang, gajah,
         kerbau dan badak sumbu. (Nota: Terdapat banyak
         lagi safari lain di Afrika Selatan, dan “Big 5” di safari
         lain ini mungkin berlainan dari “Big 5” di Kruger
         National Park.)

         Menurut pemandu kami, musim sejuk adalah waktu yang terbaik untuk berkunjung ke safari
         kerana pada musim ini lebih banyak haiwan yang kelihatan untuk mencari makanan. Zirafah
         dan gajah adalah haiwan yang paling kerap kami temui disini. Kami bernasib baik kerana
         dapat melihat empat dari lima “Big 5” (kecuali harimau bintang). Berikut antara gambar
         haiwan liar yang sempat saya rakamkan:


   224
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239