Page 231 - e-Dinamik
P. 231
SENI LUKISAN- TERAPI DIRI YANG MENYEMBUHKAN DAN MENGUNTUNGKAN
oleh Nazhatulshima Nolan
Minat dalam bidang seni lukisan bukanlah satu bidang yang baharu wujud di dalam diri. Malah sejak
kecil lagi, saat ruangan cita-cita semasa Darjah Satu turut kerjaya pelukis telah menjadi dalam senarai
impian. Subjek lukisan menjadi kegemaran dan sering memasuki pertandingan lukisan di pelbagai
peringkat. Pencapaian tertinggi adalah ketika berjaya memperoleh pingat gangsa di dalam
International Tokyo Children’s Art Competition pada tahun 1988. Namun begitu, berada di aliran sains
semasa di sekolah menengah membuatkan impian untuk meneruskan bidang seni lukis tidak dapat
diteruskan. Keinginan yang terpendam tidak pernah padam. Malah, ia menjadi satu terapi diri di saat
berada di dalam kesakitan atau kekusutan minda.
Bermula dengan pensel warna dan buku sketsa empat tahun lalu, iaitu pada tahun
2015,penulis lebih kerap melukis. Semuanya bermula pada 25hb Julai 2015 saat selesai peperiksaan
akhir semester yang agak padat dengan urusan pemeriksaan kertas jawapan pelajar. Tekanan di
kepala kesan pembedahan otak akibat Arteriovenous Malformation (AVM) menyebabkan penulis
kembali melukis. Setelah menghadapi keadaan antara hidup dan mati dan hidup bak bom jangka,
penulis tidak menangguhkan lagi cita-cita sejak kecilnya. Keadaan itu membuatkannya tidak teragak-
agak untuk melakukan sesuatu yang menjadi impian.
Seterusnya,hasil lukisan penulis di dalam buku lakaran saiz A5 dengan ketebalan
kertas 150gsm turut dipaparkan kepada umum. Proses kreatif melukis dan hasil akhirnya dikongsikan
di media sosial Facebook dan Instagram. Penulis sering menerima permintaan rakan-rakan di media
sosial untuk melukiskan pelbagai jenis bunga-bungaan. Setiap kali ada permintaan, sedikit kajian
tentang bunga pilihan peminta akan dibuat melalui pembacaan dengan melihat pelbagai imejnya di
Internet. Penulis lebih suka sekiranya dapat melukis objek tersebut di hadapan mata kerana itu lebih
memuaskan hatinya kerana dapat melihat imej tersebut dengan lebih jelas.
Mulai 13 Februari 2017, penulis mula menjual karya lukisannya dalam cetakan produk
pelbagai bentuk sebagai artis Creative United. Lukisan mawar merah menjadi imej yang pertama
dicetak dalam pelbagai bentuk dan menerima tempahan secara dalam talian. Terkini, terdapat kurang
lebih 200 rekaaan sedia untuk ditempah dan dibeli. Secara tidak sengaja, minat yang pada awalnya
sebagai terapi diri menjadi sumber tambahan kewangan. Malah, turut menyertai pertandingan
International Invention Innovation and Design (IIID) dengan tajuk ‘The Story of Sketchbook Gardener’
yang mempamerkan proses kreatif daripada idea dan lakaran sehingga menjadi produk dan yang
mendatangkan keuntungan. Penyertaan ini telah berjaya mendapat pingat gangsa pada bulan Ogos
tahun 2018.
Pada penghujung tahun 2018, penulis menerima mesej melalui Instagram daripada staf
sebuah hotel di Sunway yang berminat mempamerkan lukisannya di bawah program pelukis
tempatan. Di situlah permulaan lukisan akrilik bersaiz besar yang terpamer dan terjual. Hotel Artisan
menjadi pemilik lukisan 13 Sunflowers Dancing yang digantungkan di ruang kaunter resepsi hotel
tersebut sehingga kini. Selain itu, terdapat dua lukisan yang masih dipamerkan di hotel tersebut.
221