Page 232 - e-Dinamik
P. 232

Sejak penghujung 2018 sehingga kini, penulis tidak berhenti berpameran. Berikut
      adalah senarai pameran lukisan yang telah di sertai setakat ini:

      Penyertaan Pameran Lukisan Berkumpulan:


      1.‘Ray of Light’ di Hulo Hotel-7 November-23 Disember 2018
      2.‘Spring is Coming’ di Hulo Hotel-13 Januari 2019-12 Februari 2019
      3.‘ArtEDecor 2019’ di Matrade -7 Mac-10 Mac 2019
      4.‘Ketika’,Peluang 2.0 di Balai Seni Lukis Melaka – 27 Julai 2019-30 September 2019
      5.‘Dancing Dreams’ di Shoppes at Four Seasons Place -3 September-17 September 2019
      6.‘Wonder Women’ di Shoppes at Four Seasons Place -20 September 2019-30 September 2019
      7.‘Bangkok Art Group Show’ di Chang Chui Gallery @ Chang Chui Creative Park-20 September-
      20 Oktober 2019

      Penyertaan Pameran Lukisan Solo:

      1.‘Expression of Passion’ di Da Men Mall -13 Februari -23 Februari 2019

      2.‘The Expression of Brain AVM Survivor’ di Hospital Pengajar UPM-21 Jun 2019 (sempena
      ‘Asean Conference on 3D Print in Medicine’)
                     Sewaktu pameran solo ’Expression of Passion’ di Da Men Mall anjuran Art Market
      Malaysia, penulis berjaya menjual 6 keping lukisan. 4 lukisan cat air dan 2 lukisan akrilik.

                     Lukisannya bertajuk Beautiful Broken Brain pernah dipaparkan secara langsung di
      dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 pada 25.12.2018 sewaktu lukisan itu di dalam
      proses pembikinan. Lukisan ini telah dilukis dalam tempoh setahun mulai bulan Februari 2018
      sehingga siap pada 13 Februari 2019, iaitu di hari pelancaran pameran solo pertama yang telah
      dirasmikan oleh YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang dan telah dimeriahkan lagi oleh
      rombongan satu bas ahli PEWANI UiTM Cawangan Johor yang diketuai oleh Pengerusi PEWANI
      Cawangan UiTM Johor, Puan Rafidah Atan,isteri kepada Yang Berbahagia Rektor, Professor
      Madya Dr Ahmad Naqiyuddin Bakar.

                     Pameran solo ini turut mendapat liputan akhbar New Straits Times sebanyak 3
      halaman penuh bertajuk ‘When art helps one patient to recover from a rare brain condition’ pada
      16 April 2019.     Selain itu,penulis turut ditemubual oleh Bernama News Channel semasa
      pembukaan pameran berkumpulan ArtEDecor 2019 di Matrade, Kuala Lumpur di mana artis-artis
      tersohor tanah air turut berpameran.

      .













   222
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237