Page 229 - e-Dinamik
P. 229
PERSIAPAN GRADUAN MENDEPANI CABARAN PEKERJAAN DI ERA REVOLUSI INDUSTRI
4.0
oleh
Siti Fatimah Mohd Radzi
Di era globalisasi kini, setiap pekerja perlu diterapkan aplikasi pelbagai teknologi terkini di dalam
industri untuk meningkatkan produktiviti kerja mereka. Hal ini kerana, dunia kini sedang bersiap
sedia untuk berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 yang merupakan satu anjakan besar aplikasi
konsep digital di dalam industri. Perubahan teknologi di era Revolusi Industri 4.0 ini akan
menyebabkan sebahagian daripada pekerjaan yang ada pada hari ini akan dijumudkan
kewujudannya dan seterusnya akan mewujudkan pekerjaan baharu. Ini menyebabkan persaingan
baharu bagi mendapatkan pekerjaan kepada pencari kerja lebih-lebih lagi dalam kalangan
graduan.
Sejajar dengan itu, para graduan dinasihatkan untuk sentiasa mempelajari dan
meneroka kemahiran dan ilmu baharu yang relevan dengan revolusi ini seperti Teknologi Robotik,
Internet of Things(IOT), Additive and Intelligent Manufacturing, dan Cloud System supaya para
graduan kekal relevan dengan keperluan industri. Selain itu, pelajar di universiti juga perlu
menguasai elemen 4C dalam mendepani cabaran Industri 4.0. Forum Ekonomi Dunia (WEF)
menggariskan pentingnya penguasaan elemen 4C iaitu Critical Thinking & Problem Solving,
Communication, Collaboration dan Creativity pada semua peringkat pengajian, termasuk di
menara gading. Jika di sekolah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi nadi, pelajar di
universiti usahlah leka berdiam diri. Kemahiran 4C mesti diasah setiap penjuru kehidupan, di kolej
kediaman, dewan kuliah, merentasi aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan dan juga di
padang sukan.
Tambahan pula, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini sudah pasti
cabaran dan kekangan untuk bersaing mendapatkan pekerjaan idaman sangat hebat dan terhad.
Justeru, para pelajar hendaklah bijak mengambil peluang dan merebut apa jua program yang
dianjurkan kerajaan bagi membantu mereka mencari pekerjaan. Graduan perlu berusaha
memperbaiki kemahiran interpersonal dan meningkatkan produktiviti diri supaya mendapat tempat
dalam pasaran kerja. Pelbagai peluang pekerjaan yang ditawarkan boleh diisi graduan di negara
ini dengan syarat tidak terlalu memilih dan mementingkan soal gaji semata-mata. Graduan perlu
ada sifat jujur dan taat kepada kerjaya yang diperolehi.
Tuntasnya, semua pihak termasuk pelajar perlu menyiapkan diri dengan kemahiran
terkini bagi memastikan ia mampu memenuhi kehendak pasaran baharu ini. Hal ini kerana Industri
4.0 merupakan industri yang lebih mementingkan robot automasi dan analisis data besar dalam
pelaksanaan tugas berbanding menggunakan tenaga manusia. Justeru, pengeluaran dari segi
graduan sekarang cukup penting kerana hal ini berkaitan dengan isu kakitangan yang kompeten.
Membuat pembaharuan yang penting dalam pendidikan akan menjadi satu langkah penting dalam
meningkatkan taraf pendidikan dalam pendidikan tinggi. Hari ini, industri ini banyak bekerjasama
dengan universiti bagi melatih lebih banyak pekerja mahir dan menyumbang secara aktif kepada
industri. Oleh sebab itu, penglibatan pendidikan tinggi dalam sukatan pelajaran konsep Industri 4.0
sangat penting supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan teknologi masa depan.
219