Page 230 - e-Dinamik
P. 230
UMRAH D.I.Y
Oleh Abdul Rahman bin Jamaan
Umrah DIY ialah perjalanan umrah ke tanah suci yang diuruskan oleh jemaah sendiri dari awal
hinggalah akhir. Keistimewaan umrah diy ialah jemaah boleh merancang bajet dan tidak terikat
dengan perjalanan pihak lain. Jemaah sendiri boleh membuat pilihan tiket dan perjalanan
penerbangan dengan harga yang sesuai dengan bajet. Jemaah boleh menentukan hotel
penginapan yang diingini di Mekah dan Madinah. Tempoh masa untuk berada di Mekah dan
Madinah juga adalah fleksibel mengikut keadaan dan situasi jemaah itu sendiri.
Jemaah hanya perlu membuat permohonan visa daripada travel agensi tempatan.
Namun, untuk permohonan visa ini, jemaah perlu terlebih dahulu mempunyai tiket penerbangan dan
telah menempah hotel dan pengangkutan. Kos umrah DIY bergantung kepada dua faktor utama
iaitu tiket penerbangan dan hotel. Tempoh bilangan hari berada di sana juga boleh memberi kesan
kepada kos bagi seseorang jemaah itu. Jika jemaah dapat tiket penerbangan dan hotel dengan
harga yang murah, kos keseluruhan akan menjadi murah. Sebagai panduan, kos purata
mengerjakan umrah diy ialah sekitar RM3000 – RM3500 seorang ALL-IN selama 12 hari 10 malam.
Umrah DIY tidak digalakkan bagi mereka yang pertama kali ke tanah suci dan warga
emas. Mereka digalakkan untuk mengambil pakej umrah 100% dari travel agensi sahaja. Bagi
mereka yang ingin membuat umrah DIY, persediaan fizikal dan mental amat penting. Perjalanan
dalam kumpulan yang sederhana tidak melebihi 8 orang adalah digalakkan. Jemaah juga perlu
mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan keyakinan yang tinggi serta perlu mematuhi
peraturan kerajaan Arab Saudi selama berada di sana. Jemaah juga digalakkan untuk menguasai
ilmu mengerjakan ibadat umrah sebagai persediaan sebelum berlepas ke sana.
220