Page 105 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 105
The
Teknik Penulisan Karangan Bahasa Melayu STPM Penggal 1
Oleh Cikgu Jampong Selat
Bahagian C: (50 markah)
Pengenalan
Ramai pelajar Semester 1, mengalami ‘kejutan’ tentang cara penulisan karangan di peringkat STPM. Bukan sahaja
mereka perlu menulis karangan yang panjangnya 600 patah perkataan malah gaya bahasa yang gramatis sangat
diutamakan berbanding gaya bahasa puitis yang sudah lama dihadam ketika di peringkat SPM. Hal ini menjadi satu
cabaran baharu bagi pelajar dan juga guru. Pelajar perlu mengubah gaya penulisan karangan mereka supaya relevan
dengan skema pemarkahan karangan di peringkat STPM. Di sini saya ingin berkongsi sedikit panduan dan pengalaman
untuk membantu pelajar menguasai karangan Bahasa Melayu Semester 1 Bahagian C .
1. Analisis soalan dan rangka karangan.
* Sebelum menjawab soalan atau menulis karangan, pelajar perlu membuat analisis soalan dan membuat
rangka karangan. Analisis soalan ini penting untuk mengetahui isu soalan ( isu dan skop yang hendak dibincangkan)
dan tugasan soalan sama ada punca, langkah kesan, kepentingan, dan sebagainya. Selepas mengetahui isu dan
tugasan soalan, pelajar wajib membuat rangka karangan. Rangka karangan hendaklah mengandungi isi-isi penting dan
maklumat yang relevan dengan isu dan tugasan soalan. Pelajar hendaklah memikirkan sekurang-kurangnya 6 isi utama
yang relevan dengan tugasan soalan.
2. Bagaimana menulis pendahuluan karangan yang baik? ( 3 Markah )
Perenggan pendahuluan karangan merupakan perenggan yang memberi gambaran secara umum mengenai isu atau
tajuk yang hendak dibincangkan dalam penulisan. Dalam perenggan ini, penulis perlu menyatakan secara tepat isu
yang hendak dibincangkan Penjelasan lanjut mengenai isu amat penting supaya pembaca dapat memahami isu
tersebut. JANGAN sesekali menyatakan isu lain yang tidak berkaitan dengan isu yang ditanya dalam soalan. Dalam
perenggan ini juga, penulis perlu menyatakan tugasan soalan atau perkara yang hendak dibincangkan dalam karangan
sama ada faktor, kesan, langkah, manfaat, kepentingan dan sebagainya ( Ayat Kehendak Soalan ) . Sekiranya
soalan mengandungi dua tugasan, pelajar digalakkan untuk menulis satu ayat bagi setiap tugasan. Hal ini dapat
membantu pelajar mengurangkan kesalahan bahasa.
Contoh Pendahuluan Karangan
SOALAN 1
Pengambilan orang gaji asing telah menjadi suatu budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Bincangkan masalah
yang timbul akibat pengambilan orang gaji asing bekerja di Negara kita dan usaha-usaha untuk mengatasinya.
Tersentuh rasa hati apabila membaca berita dalam akhbar yang mengisahkan seorang pembantu rumah dari Indonesia
telah didera oleh majikanya sehingga mati.Apakah kesalahannya sehingga nyawanya sebagai galang ganti?
Pengambilan pembantu rumah atau orang gaji warga asing ini sudah menjadi suatu budaya di negara kita. Kini,
masyarakat kita sudah bergantung harap kepada pembantu rumah warga asing dalam menguruskan rutin harian di
rumah. Namun begitu, pengambilan pembantu rumah warga asing ini telah menimbulkan pelbagai masalah kepada
semua pihak. Oleh itu, usaha-usaha untuk mengatasinya perlu diambil segera supaya masalah ini tidak berlarutan.
== Pendahuluan Yang Jelas dan relevan
(sumber esei Cikgu Zul)
104
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021