Page 106 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 106
The
3. Penulisan Isi Karangan: Huraian Isi.
Setiap perenggan isi yang baik akan diberikan 3 markah. Isi utama tepat dan huraian mesti tepat dan jelas. Huraian isi mestilah
berfokus kepada isi utama yang dinyatakan. Namun begitu, ramai pelajar tidak menyedari huraian mereka sama ada berfokus
atau tidak. Sekiranya pelajar memahami teknik menghurai isi dengan baik, mereka akan dapat markah yang baik dalam
bahagian ini.
Contoh Huraian isi yang baik. ( Isu : Agro pelancongan . kehendak soalan Manfaat agro pelancongan)
Kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.Hal ini dikatakan
demikian kerana kemasukan pelancong yang ramai menyebabkan pengusaha agro pelancongan memerlukan tenaga kerja
yang ramai.Misalnya,pengusaha dusun buah-buahan seperti dusun durian memerlukan ramai pekerja bagi mengutip buah dan
menjaga dusun tersebut. Selain itu, pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan argo pelancongan memberi peluang
kepada penduduk setempat untuk mencari rezeki. Jelaslah bahawa kegiatan agro pelancongan dapat membuka banyak
peluang pekerjaan dan mengurangkan masalah penggangguran dalam kalangan rakyat Malaysia.
• Huraian berfokus ialah huraian atau pernyataan yang menyokong isi utama. Penulis perlu menimbulkan beberapa
persoalan ( apa, mengapa, siapa, bagaimana, bila) terhadap isi utama itu tadi.Oleh itu, jawapan-jawapan kepada
persoalan itu tadi yang perlu dinyatakan dalam huraian pelajar. Pelajar perlu menggunakan kematangan berfikir dalam
memberikan pendapat dan menghasilkan idea yang bernas. ( peringkat ini paling sukar sekiranya pelajar sendiri kurang
berfikir dan tidak ada pengetahuan am).
105
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021