Page 107 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 107

The




      Contoh Huraian Tidak Berfokus

      Soalan : Punca pelajar mengalami keracunan.


          Antara punca yang menyebabkan murid mengalami keracunan makanan ialah makanan yang dimakan tidak bersih.
      Kita sedia maklum bahawa makanan merupakan elemen penting dalam kehidupan seharian kita. Makanan perlu diambil
      setiap hari untuk memberikan kita tenaga yang secukupnya sebelum menjalani kehidupan seharian. Namun begitu, kita
      sewajarnya perlu sedar bahawa kebersihan makanan perlulah diambil kira kerana ia amat penting. Jika kita tidak
      menitikberatkan kebersihan makanan kita maka risiko untuk mengalami keracunan makanan adalah tinggi. Oleh itu, kita
      sewajarnya mengambil kira tahap kebersihan makanan yang kita makan setiap hari. ( HURAIAN TIDAK ADA
      MENYENTUH TENTANG MAKAN TIDAK BERSIH)

      •     Huraian isi di atas tidak menyokong isi utama iaitu makanan yang dimakan tidak bersih. Huraian menyimpang
            daripada pernyataan isi utama. Huraian sebegini salah. Perenggan ini hanya mendapat 1 markah untuk pernyataan
            isi utama sahaja.
      •     Ramai pelajar salah menghurai isi punca atau kesan. Dalam isi punca atau kesan, pelajar selalu mengemukakan
            pendapat tentang langkah mengatasi punca atau kesan tersebut. Oleh itu huraian menjadi tidak berfokus. Kalau
            isi punca maka huraian haruslah berkisar tentang punca.


























     Bagaimanakah cara menulis huraian isi yang baik?

     •     Apabila isi utama tepat, huraian yang seterusnya mesti berfokus kepada isi utama tersebut.
     •     Dalam perenggan huraian isi PUNCA@FAKTOR@SEBAB DAN kESAN, pelajar JANGAN sesekali memberi
           cadangan langkah mengatasi dalam huraian.

     4. Kesimpulan Karangan [ 3 markah ]


     -     Kesimpulan karangan bermaksud menyimpulkan isi karangan yang telah dikemukakan. Dalam perenggan ini, penulis
           perlu memberi penegasan pendirian tentang kehendak soalan. Penulis juga perlu memberikan pandangan,
           cadangan umum atau saranan, dan harapan mengenai isu yang dibincangkan. Pelajar JANGAN SESEKALI
           menyenaraikan semula isi utama yang telah dinyatakan dalam perenggan isi atau menyalin semula pernyataan dalam
           soalan atau perenggan pengenalan.


     -     Perenggan ini juga tidak boleh ringkas atau pendek.


                                                                                                        106
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112