Page 108 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 108

The


























    Contoh Perenggan Kesimpulan

    Kesimpulannya, dapatlah kita rumuskan bahawa terdapat banyak manfaat industri agro pelancongan kepada masyarakat
    dan negara. Sesungguhnya masyarakat perlu mengambil peluang untuk menceburi bidang ini agar mereka dapat
    meningkatkan taraf hidup masing-masing.Oleh itu, Kerajaan perlu memberikan bantuan dan sokongan kepada pengusaha
    agro pelancongan supaya mereka dapat menarik lebih ramai pelancong asing melawat ke negara kita. Dengan adanya
    kerjasama semua pihak dalam membangunkan industri agro pelancongan, kita berharap agar industri ini bukan sahaja
    mampu menjana pendapatan negara malah menaikkan imej negara di mata dunia.Kita percaya bahawa, Malaysia akan
    menjadi destinasi agro pelancongan yang terkenal di dunia menjelang Tahun 2025.

    5. Aspek Pengolahan Karangan [ 14 markah ]


    -     Isi atau buah fikiran disampaikan dengan kemas dan teratur ( Koheren )
    -     idea yang sampaikan memperlihatkan hubungan logikal yang padu antara ayat dengan ayat, dan antara perenggan
          dengan perenggan. ( Koheren )
    -     Jalinan isi dengan huraiannya dan jalinan isi dengan isi.
    -     Kesimbangan setiap perenggan.
    -     Karangan cukup jumlah perkataan 600 perkataan dan tidak melebihi 650 perkataan.

    6. Aspek Kebahasaan [15 markah ]

    -     Pelajar perlu membina ayat yang gramatis. Kesalahan binaan ayat atau sintaksis menyebabkan markah bahasa
          semakin kurang. Pelajar perlu menggelakkan kesalahan binaan ayat.
    -     Pelajar perlu mempelbagaikan penggunaan diksi dan menggunakan istilah yang tepat.

























                                                                                                        107
 @Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021
   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113