Page 109 - MAJALAH PDF TERKINI LARRY_Neat
P. 109
The
Kesalahan bahasa yang biasa dilakukan oleh pelajar
Kesalahan Pembetulan
Pada masa kini, … Pada masa ini, … @ Kini, …
Hal ini Kerana … Hal ini dikatakan demikian kerana …
Hal ini demikian mereka … Hal ini dikatakan demikian kerana mereka …
Kebanyakan barang- barang keperluan … Kebanyakan barang keperluan …
Para pelajar-pelajar … Para pelajar …
Justeru itu, …. Sehubungan dengan itu, … @ Oleh itu … @ Oleh hal
yang demikian … @ Justeru,
Oleh yang demikian, … Oleh hal yang demikian, …
Hal ini demikian boleh dikaitkan … Hal ini boleh dikaitkan …
… dari tahun ke setahun … … dari tahun ke tahun …
Seterusnya, langkah yang perlu … Langkah yang perlu …
Namun, …. Namun begitu, …
Oleh kerana itu … Oleh sebab itu … @ Oleh itu …
Sejak dari itu … Sejak itu …
Selain daripada itu, Selain itu,
• Pelajar perlu menggelakkan kesalahan memulakan ayat dengan semua kata hubung seperti, malah, malahan, dan, tetapi, namun,
mahupun, dan sebagainya.
• Memberi makna yang salah seperti makanan segera yang popular di negara kita ialah “Sugarbun”, KFC dan MacDonald.
• Memberi contoh yang tidak konkrit seperti;
i. Banjir selalu berlaku di negara kita. Contohnya banjir kilat. ( Banjir selalu berlaku di negara kita seperti banjir kilat. )
ii. Banyak tempat untuk para remaja yang ponteng sekolah melepak. Contohnya, pusat permainan video dan kafe siber. (
Banyak tempat untuk para remaja yang ponteng sekolah melepak seperti pusat permainan video dan kafe siber.)
• Membina peribahasa sebagai satu ayat.
i. Kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan. Bak kata pepatah, “rajin usaha tangga kejayaan”.
( Kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan, bak kata pepatah rajin usaha tangga kejayaan.)
• Membina ayat tergantung.
i. Manfaat industri desa yang lain ialah meningkatkan perkembangan industri huluan.
( Manfaat industri desa yang lain ialah industri ini meningkatkan perkembangan industri huluan.
• Membina ayat yang meleret-leret.
Pada era pascainovatif, pascaperindustrian dan pascaglobalisasi serta ultramoden dunia masa ini, isu yang bersimbiosis
dengan kepentingan mengajarkan mata pelajaran Sejarah acap kali meniti bibir-bibir umat manusia di segenap penjuru
dunia ini dan isu yang hangat ini telah dilaung-laungkan via corong-corong mata tabloid dan tidak hairanlah jikalau isu ini
dibincangkan dari Parlimen hingga ke warung kopi.
Dalam aspek bahasa, sekiranya pelajar dapat menggelakkan kesalahan-kesalahan bahasa di atas, pelajar akan mendapat markah
bahasa yang baik. Pelajar perlu membiasakan diri dengan membina ayat mudah tanpa perlu menggunakan terlalu banyak kata
hubung. Selain itu, pemilihan penanda wacana untuk memulakan perenggan isi juga sangat penting. JANGAN SESEKALI
MENGGUNAKAN PENANDA WACANA seperti Seterusnya..., Selanjutnya…, Akhir sekali…, kerana penanda wacana ini ialah
penanda penghubung tempoh dan tidak sesuai untuk menunjukkan penanda penghubung tambahan.
6. Penutup
Penulisan karangan di peringkat STPM, sangat menekankan aspek kerelevanan karangan, bahasa yang gramatis, dan aspek
pengolahan. Sekiranya pelajar tidak mempunyai asas penulisan yang baik di peringkat SPM, mereka amat sukar mengubah gaya penulisan
mereka mengikut standard di peringkat STPM. Oleh itu, pelajar perlu lebih berusaha sendiri untuk mengubah gaya penulisam mereka kerana
dengan itu sahaja mereka dapat memperoleh markah yang baik dalam Bahagian C. Semoga pembaca memperoleh manfaat daripada
perkongsian ini.
108
@Hak Cipta Terpelihara Kolej Tingkatan Enam Saratok 2021