Page 80 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 80

80



              PERATURAN SEKOLAH (GURU-GURU DAN STAF)
              1.  ARAHAN AM
                  1.1  Selaku  pegawai  kerajaan  guru  adalah  tertakluk  segala  arahan  yang  terdapat  dalam  Perintah  Am
                      Kerajaan.  Oleh  itu  semua  guru  dikehendaki  membaca,  memahami  dan  juga  mematuhi  Perintah  Am
                      tersebut.
                  1.2  Guru  dan  staf  sokongan  sekolah  dinasihatkan  supaya  membaca,  memahami  dan  boleh  mentafsirkan
                      dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan arahan Perkhidmatan yang lain.
                  1.3  Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion
                      dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.
                  1.4  Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan
                      Cemerlang.
                  1.5  Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah  dan matlamat Pendidikan  Negara.
                  1.6  Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih dari kepentingan diri dalam menjalankan tugas.
                  1.7  Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga
                      harta benda sekolah.
                  1.8  Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.
              2.   Kedatangan Guru
                  2.1  Sampai  di  sekolah  sekurang-kurangnya  lima  belas(15)  minit  sebelum  jadual  pertama  persekolahan
                      dimulakan dan balik lima belas(15) minit selepas jadual waktu terakhir atau masa yang ditetapkan oleh
                      Guru Besar mengikut keadaan semasa.
                  2.2  Kehadiran  masa  tiba  dan  masa  balik  hendaklah  dilaksanakan  sendiri  dengan  menyentuh  biometric
                      sacnner di pejabat. Kegagalan merekod kehadiran akan merumitkan pentadbiran sekolah.  Guru yang
                      tidak menyentuh biometric sacnner boleh dianggap tidak hadir bertugas.
                  2.3  Jika  sekiranya  tidak  dapat  hadir  bertugas  kerana  sakit,  kemalangan  atau  kecemasan  dsbnya,  guru
                      berkenaan hendaklah segera memberitahu Guru Besar dengan apa cara juga. Jika cuti lebih dari sehari,
                      Buku Rekod Mengajar, buku rujukan, anak kunci dan surat akuan doktor hendaklah diserahkan kepada
                      Guru Besar.
                  2.4  Jika terlewat sampai ke sekolah kerana sesuatu sebab yang tidak dapat dielakkan, hendaklah berjumpa
                      Guru Besar terlebih dahulu menerangkan sebab kelewatan itu sebelum memulakan tugas.
                  2.5  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
              3.      Perhimpunan
                  3.1  Perhimpunan  rasmi  murid-murid  dan  guru-guru  diadakan  pada  tiap-tiap  hari  Isnin.  Semua  guru
                      dikehendaki  hadir  dan  duduk  di  hadapan  murid-murid.  Tidak  dibenarkan  ketika  ini  guru  berada  di
                      merata tempat atau makan minum di kantin.
                  3.2  Guru bertugas pada minggu berkenaan hendaklah mengendalikan sepenuhnya perhimpunan ini dengan
                      bantuan  murid-murid.  Aturcara  perhimpunan  hendaklah  dijalankan  seperti  yang  telah  ditetapkan
                      mengikut Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984 KP.(BS)8591/Jld.II/(24) bertarikh 14.7.84.
                  3.3  Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah seperti Mesyuarat Guru,
                      Mesyuarat Agung PIBG, Hari Sukan Sekolah dan Hari Anugerah Sekolah.
              4.   Buku Rekod Mengajar
                  4.1  Semua  guru  mestilah  menyediakan  buku  rekod  mengajar  dengan  sempurna  dan  penuhkan  semua
                      kehendak di dalamnya.(Pekeliling Iktisas Bilangan 12/1989)
                  4.2  Buku ini hendaklah disediakan dalam masa persediaan atau di rumah. Membuat persediaan dalam bilik
                      darjah adalah ditegah.
                  4.3  Buku  Rekod  Mengajar  mestilah  diserahkan  kepada  Guru  Besar  atau  wakilnya  untuk  disemak  dan
                      diperiksa selewat-lewatnya pada hari Jumaat  pada atau hari akhir minggu berkenaan.
                  4.4  Butir-butir dalam buku rekod hendaklah ditulis dengan teliti, teratur dan sentiasa kemaskini.
                  4.5  ‘Buku  Rekod  Mengajar’  adalah  dokumen  penting  sebagai  mana  kehendak  Akta  Pendidikan  (Kursus
                      Pendidikan) 1995. Serahkan kepada Guru Besar pada akhir tahun untuk disimpan.
                  4.6  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85