Page 82 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 82
82
6.6 Jangan membiarkan murid-murid bersenam/bermain bersendirian di padang tanpa guru ada bersama-
sama. Adalah sesuatu yang dilarang sama sekali guru memberi arahan dari jauh atau sekadar memerhati
sahaja. Risiko yang dihadapi amat tinggi jika dalam keadaan begini murid-murid mendapat kemalangan
atau kecederaan.
6.7 Jika hujan atau padang tidak dapat digunakan, Pendidikan Jasmani boleh dijalankan dalam dewan (jika
ada) atau di mana-mana kawasan yang sesuai sama ada di dalam atau di luar bangunan.
6.8 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
7. Masa Tidak Mengajar(free period)(Pekeliling Iktisas)
7.1 Masa ini hendaklah digunakan untuk memeriksa buku-buku rampaian, atau membuat
persediaan/alatan mengajar atau membaca buku-buku rujukan.
7.2 Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah melainkan, ada urusan penting dan mendapat
kebenaran dari Guru Besar.
7.3 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis
8. e-kEHADRIAN
8.1 E-Kehadiran hendaklah dimasukkan sebelum pukul 9.00 pagi
9. Kemalangan dan Keuzuran Murid
9.1 Murid-murid yang didapati sakit atau kemalangan, guru kelas atau guru yang bertugas pada minggu
itu hendaklah segera berhubung dengan ibu bapa/penjaga murid berkenaan dan menghantar murid
ke Hospital.
9.2 Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital
hendaklah direkodkan dalam Buku Laporan Guru Bertugas.
9.3 Guru kelas sepatutnya tahu sebab-sebab murid kelasnya tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama
tiga (3) hari berturut-turut tanpa sebarang maklumat hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar. Satu
surat peringatan ‘Tidak Hadir’ akan dikirimkan kepada ibubapa/penjaga oleh guru kelas tersebut.
10. Mengutip Wang dan Pembelian Buku
10.1 Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang dari murid-murid tanpa arahan atau kebenaran bertulis
dari Guru Besar.
10.2 Murid-murid tidak boleh diarah/dipaksa untuk membeli buku-buku panduan, buku kerja, buku bacaan
tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.
10.3 Sebarang kutipan wang sekolah hendaklah diserahkan secepat mungkin kepada Guru Besar. Resit
Rasmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan bayaran.
10.4 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
11. Buku Rujukan Guru
11.1 Buku-buku rujukan/risalah-risalah hak sekolah yang dipinjam hendaklah dipulangkan semula pada
hujung tahun atau apabila bertukar. Jika hilang, hendaklah diganti.
11.2 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
12. Buku Latihan/Rampaian, Ujian dan Penilaian
12.1 Semua kerja latihan, ujian dan penilaian yang diberi kepada murid-murid hendaklah diperiksa segera
selepas diajar atau dijalankan.
12.2 Latihan hendaklah diberi tiap-tiap hari/selalu dan ujian topikal mengikut keperluan P&P untuk
mengetahui tahap pencapaian/prestasi murid-murid. Semua kertas ujian mestilah dimasukkan ke
dalam fail prestasi tiap-tiap murid.
12.3 Guru Besar/Penolong Kanan dan Ketua Panitia akan memeriksa buku-buku rampaian/latihan dan buku
kerja murid-murid sebanyak sepuluh (10) buah ATAU bilangan yang diambil secara rawak. Begitu juga
fail prestasi murid.
12.4 Buku Laporan Kemajuan Prestasi Murid hendaklah dipenuhi tiap-tiap pertengahan tahun dan akhir
tahun sebagai ukuran penilaian yang tepat, hasil dari penilaian/peperiksaan yang diberi. Buku itu
hendaklah diserahkan kepada Guru Besar untuk ditandatangani dan disimpan di pejabat sekolah.
12.5 Guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah diingatkan melaksanakan PKBS
dan SBOA mengikut jadual dan buku pelaporannya wajib diisi.
12.6 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.