Page 81 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 81

81



              5.  Tugas dan Tanggungjawab Guru
                  5.1  Guru Kelas
                      5.1.1  Bertanggungjawab  mengenai  disiplin,  kebersihan  kelas  dan  murid-muridnya  serta  mengetahui
                           tentang diri dan latarbelakang mereka.
                      5.1.2  Melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru Besar atau kerja-
                           kerja semasa.
                      5.1.3  Mengambil tindakan sewajarnya mengenai:
                           5.1.3.1         e- Kehadiran
                           5.1.3.2         Kutipan pelbagai bayaran
                           5.1.3.3         Buku/Kad Laporan Kemajuan Pendidikan
                           5.1.3.4         Buku/Kad Pelaporan Gerakerja Kokurikulum
                           5.1.3.5         Kad Riwayat Hidup (001R)
                           5.1.3.6         Kad Kesihatan
                      5.1.4  Menyediakan dan mempamerkan Jadual Waktu Kelas dan Jadual Giliran Murid Bertugas di dalam
                           kelas.Tentukan tugas murid-murid seperti menyapu, padam papan putih, dan menceriakan bilik
                           darjah masing-masing.
                      5.1.5  Melengkapkan  menyusun  barang-barang  dan  alatan  dalam  kelas  supaya  dapat  menimbulkan
                           suasana  bilik  darjah  yang  sentiasa  kemas  dan  teratur,  sesuai  sebagai  tempat  pengajaran  dan
                           pembelajaran.
                  5.2   Guru Pusingan/Bukan Guru Kelas/ Guru Pembantu
                      5.2.1  Boleh  diarah  untuk  menjadi  guru  kelas  sepenuh  masa  atau  mengganti/mengambil  alih  tugas
                           sementara kerana ketiadaan guru kelas yang sebenar.
                      5.2.2  Membantu  guru  kelas  dalam  banyak  hal.  Guru-guru  ini  boleh  diberi  masa  yang  lebih  untuk
                           mengajar daripada guru-guru kelas.
                      5.2.3  Bertanggungjawab  sepenuhnya  untuk  memberi  penumpuan  kepada  pelajaran  khas  yang  diajar
                           seperti Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Pemulihan dsbnya. Bilik-bilik khas (jika ada)
                           mestilah dilengkapi dengan alat-alat mengajar yang kemaskini.
                      5.2.4  Membuat dan melaksanakan tangggungjawab dan tugas-tugas khas yang ditentukan oleh Guru
                           Besar lebih banyak dari guru-guru kelas.
              6.  Jadual waktu dan Masa Mengajar
                6.1  Guru hendaklah mengajar mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan apa yang telah dirancang/ditulis
                      dalam Buku Rekod Mengajar.
                6.2   Guru  tidak  dibenarkan  mengajar  selepas  masa  yang  dihadkan.  Pertukaran  kelas/guru  hendaklah
                      dijalankan dengan serta merta.
                6.3   Semasa seseorang guru sedang mengajar, guru lain dibenarkan berada di dalam bilik darjah itu dengan
                      tujuan membantu P&P. Pegawai-pegawai yang datang melawat/Penolong Kanan/Ketua Panitia dan Guru
                      Besar boleh membuat penyeliaan.
                6.4   Guru-guru adalah dilarang :
                      6.4.1   Menukar masa pengajaran/jadual waktu tanpa kebenaran Guru Besar.
                      6.4.2   Berbual-bual dengan guru lain sama ada di dalam atau di luar bilik  darjah.
                      6.4.3   Duduk di kerusi atau meja semasa pengajaran dan pembelajaran.
                      6.4.4   Memeriksa  buku  rampaian  atau  kertas  ujian  tanpa  mempedulikan  murid-murid  tetapi
                             memeriksa kerja murid dari   seorang  keseorang  dalam  kumpulan  kecil  adalah
                             dibenarkan.
                      6.4.5   Membuat persediaan mengajar atau alatan.
                      6.4.6   Meninggalkan  atau  mengganti  jadual  yang  ditetapkan  dengan  pelajaran  lain  dengan  alasan
                             mata pelajaran itu tidak penting atau guru itu sendiri tidak berminat.
                  6.5 Semasa mengajar Pendidikan Jasmani, guru hendaklah memakai kasut dan pakaian sukan.
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86