Page 83 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 83

83



              13.  Guru Bertugas
                  13.1  Guru bertugas akan ditetapkan mengikut tugas mingguan bagi sekumpulan guru. Masa bertugas ialah
                       20 minit sebelu masa persekolahan hingga 20 minit selepas masa persekolahan.
                  13.2  Bertanggungjawab  mengawasi  semua hal  mengenai  murid-murid dan  mempastikan  supaya mereka
                       mematuhi peraturan sekolah.
                  13.3  Menulis  catatan  ke  dalam  “Fail  Laporan  Guru  Bertugas”  segala  yang  berlaku  pada  hari  berkenaan
                       termasuk  topik-topik  lain  yang  perlu  perhatian  seperti  perhimpunan,  kebersihan,  kantin,  tandas
                       dsbnya.
                  13.4  Kumpulan guru bertugas yang terdiri dari guru-guru subjek dikehendaki melengkap dan menceriakan
                       papan kenyataan yang telah ditetapkan dengan bahan-bahan yang berfaedah untuk panduan murid-
                       murid.
                  13.5  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
              14.  Gerakerja Kokurikulum
                  14.1  Semua murid dan guru diwajibkan memakai pakaian seragam pada hari Rabu. Gerakerja ini dijalankan
                       pada  hari  Rabu  sebagaimana  yang  telah  ditetapkan  dalam  Takwim  Sekolah.  Semua  guru  adalah
                       terlibat  dan  hendaklah  bertanggungjawab  sepenuhnya  tentang  kehadiran  dan  keselamatan  murid-
                       murid serta peralatan yang digunakan.
                  14.2  Pastikan kegiatan yang dibuat dijalankan dengan penuh minat, bersungguh-sungguh dan men-capai
                       tahap kemajuan/prestasi yang boleh dibanggakan.
                  14.3  Semua  guru-guru  adalah  diwajibkan  hadir,  giliran  tidak  dibenarkan.  Bertanggungjawab  menye-
                       diakan/membuat laporan mengenai kegiatannya apabila dikehendaki oleh Guru Besar.
                  14.4  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
              15.  Peraturan Pejabat
                  15.1  Guru-guru  adalah  ditegah  mengambil  fail-fail,  atau  dokumen  dari  pejabat  sekolah  tanpa  izin  Guru
                       Besar. Walau bagaimanapun surat penting untuk tindakan guru berkenaan boleh difotostat dengan
                       syarat  terlebih  dahulu  memberitahu  Ketua  Pembantu  Tadbir  dan  direkodkan  ke  dalam  “Buku”.
                       Tindakan  yang  perlu  mestilah  dijalankan  dengan  kemas  dan  memuaskan  mengikut  tarikh  yang
                       dikehendaki selesai.
                  15.2  Guru-guru adalah dilarang :
                       15.2.1  Membaca surat-surat yang berada di atas meja Guru Besar, Penolong Kanan atau Kerani.
                       15.2.2  Mengambil/membaca  “Buku  Diari  Sekolah”  melainkan  dengan  izin  Guru  Besar  atau
                               Penolongnya.
                       15.2.3  Mengambil/menulis kad-kad stok kecuali guru berkenaan yang dipertanggung-jawabkan.
                       15.2.4  Berbual-bual atau membuat kerja di pejabat yang tidak ada kaitan dengan urusan sekolah
                               atau perjawatan.
                       15.2.5  Mengarahkan  kakitangan  pejabat  untuk  membuat  sesuatu  urusan  tanpa  kebenaran  Guru
                               Besar atau Penolong Kanan.
                       15.2.6  Menggunakan telefon pejabat untuk tujuan peribadi.
                  15.3  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
              16.  Keselamatan Harta Benda Sekolah.
                  16.1  Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan  harta benda
                       sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama  ada  dengan sengaja atau tidak sengaja
                       hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.
                  16.2  Ketua Panitia hendaklah mempastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik khas
                       seperti Bilik Sains, Bengkel RBT, Bilik Akses, PSS, Bilik Pemulihan, Bilik j-QAF, Makmal Komputer, Surau,
                       Bilik Muzik  dan bilik-bilik khas yang lain.
                  16.3  Semua kunci hendaklah disimpan di pejabat, ini adalah termasuk kunci-kunci yang dipenduakan oleh
                       guru-guru  Jika  guru-guru  hendak  menyimpan  kunci  pendua  untuk  bilik-bilik  tertentu,  kebenaran
                       bertulis dari Guru  Besar hendak diperolehi.  Guru tersebut adalah bertanggungjawab terhadap bilik
                       berkenaan.
                  16.4  Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88