Page 84 - SEMETHOS PERANCANGAN 2020
P. 84
84
17. Kebersihan
17.1 Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas. Jadual giliran tugas pelajar hendaklah
disediakan oleh guru kelas. Alatan membersihkan hendaklah digunakan rapi dan disimpan dengan
selamat.
17.2 Ketua Panitia, guru bilik khas dan guru-guru yang menggunakannya bertanggungjawab menjaga bilik
tersebut.
17.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar-pelajar.
18. Surat-menyurat
18.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirim melalui Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.
18.2 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran bertulis.
19. Surat yang diterima
19.1 Surat yang diterima oleh pihak sekolah yang diedarkan kepada guru hendaklah diambil tindakan
dengan kadar segera.
19.2 Jika surat itu dituju kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Guru Besar, surat itu
bolehlah disimpannya sendiri setelah diambil tindakan .
19.3 Jika surat itu ditujukan kepada Guru Besar, surat itu akan diedarkan kepada guru berkenaan , maka
tindakan berikut hendaklah diambil:
19.3.1 Mengambil salinan surat itu dari fail pejabat.
19.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
19.4 Kegagalan mematuhi arahan ini akan menyebabkan guru berkenaan akan diberi amaran
bertulis.
20. Pergi Ke PPD dan JPN
20.1 Guru-guru tidak digalakkan ke PPD atau JPN tanpa surat rasmi dari Guru Besar
21. Cuti
21.1 Cuti rehat/Cuti penggal
Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan KP(PP) 0046.SJ/A/(30) Bertarikh 24 Disember1993,
guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh
dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun
untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar.
21.2 Cuti sakit.
21.2.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-turut
hendaklah disahkan oleh pegawai perubatan kerajaan.
21.2.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
21.2.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari dalam setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan
dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk
menentukan pembayaran gaji.
21.3 Cuti tanpa gaji
21.3.1 Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh di pohon diatas sebab-sebab persendirian
yang mustahak.
21.3.2 Cuti Tanpa gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti
rehatnya.
21.3.3 Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak
melebihi 180 hari.
21.3.4 Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.
21.3.5 Kelulusan Cuti Tanpa gaji yang tidak melebehi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh
Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu
sebelum tarikh mula bercuti.
21.4 Cuti Rehat Khas (CRK)
21.4.1 Cuti rehat khas ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja.
21.4.2 Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar bagi tempoh 7 hari dalam setahun.