Page 67 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 67
Impak/Rumusan
i. memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai teknik yang bersesuaian untuk diguna pakai dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kanak-kanak masalah pendengaran.
ii. Memberi kesedaran kepada siswa guru tentang tingginya komitmen dan inspirasi negara bagi
membangunkan modal insan yang berkualiti dan berintegriti terhadap profesion perguruan.
iii. Mengukuhkan jaringan kolaboratif dengan pihak sekolah dan memberikan IPGKIK publisiti positif
khususnya fungsi dan peranan.
Gambar Aktiviti
2.7 Khidmat Sukarelawan di Zoo Negara
Pengenalan
Khidmat sukarela di Zoo Negara bertujuan memberi pendedahan kepada siswa guru mengenai pentingnya
menjaga alam sekitar dan cintakan haiwan. Lawatan dan kerja khidmat sukarela di Zoo Negara telah diadakan
dengan kerjasama pihak pengurusan Zoo Negara dan dilaksanakan pada 19 Ogos 2016. Antara tugas
sukarelawan yang ditetapkan serta dipersetujui adalah membersihkan kandang haiwan mengikut kumpulan,
menyediakan makanan haiwan mengikut sukatan yang betul, memberi haiwan makan serta mendapatkan input
tentang panda gergasi.
67