Page 65 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 65

Impak/Rumusan

                i.  Memberi  pengalaman  kepada  siswa  guru  untuk  menjadi  pegawai  teknikal  sukan  Boccia  sesuai  dengan
                   bidang Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang dipelajari di IPGKIK
                ii.  Meningkatkan  kemahiran  sosial  siswa  guru  dengan  komuniti  sukan  Boccia  yang  terlibat  sepeti  pegawai
                   MSN, atlit Boccia dari seluruh negeri, pengadil, pengurus pasukan, penyokong dan ibu bapa atlit.


                       Gambar Aktiviti
































               2.5     Penyertaan Ke Kuala Lumpur Trade & Copyright Center 2016 Sempena Pesta Buku
                       Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

               Pengenalan

               Jabatan Pendidikan Khas terlibat dalam Kuala Lumpur Trade & Copyright Center 2016 pada 7 hingga 9 Mei
               2016 di Dewan D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) sempena Pesta buku Antarabangsa Kuala
               Lumpur  2016.  Program  ini  melibatkan  bahan-bahan  pameran  yang  merupakan  karya  kreatif  pelajar  PISMP
               Ambilan Jan 2013, Ambilan Jun 2013 dan Ambilan Jun 2014.

               Objektif

                i.  Mengetengahkan karya kreatif pelajar melalui buku cerita bahasa isyarat dan bahan bantu belajar untuk
                   program pendidikan khas
                ii.  Memberi pengalaman penyertaan dalam aktiviti berprestij.
               Peserta

               Pameran  ini  melibatkan  sebelas  orang  pensyarah  daripada  Jabatan  Pendidikan  Khas.  Sepanjang  pameran
               berlangsung, pelawat yang mengunjungi booth pameran terdiri daripada penerbit buku daripada dalam negara
               seperti Syarikat Penerbitan Pelangi, PTS, ATA Plus dan lain-lain serta luar negara seperti  dari India, Lubnan,
               Indonesia dan China.





                                                            65
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70