Page 66 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 66

Impak/Rumusan

                i.  Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek
                   pendidikan khas.
                ii.  Meluaskan jaringan kolaboratif dengan pihak luar khususnya pihak Perbadanan Kota Buku.
                iii.  Memberi pengalaman khususnya kepada siswa guru dan para pensyarah untuk menghasilkan karya yang
                   kreatif dan bermanfaat dalam bidang pendidikan.
               iv.  Memberikan IPGKIK publisiti positif  khususnya fungsi dan peranan, serta penghasilan bahan.



                       Gambar Aktiviti

































               2.6     Lawatan Ilmiah: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Shah Alam

               Pengenalan
               Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada siswa pendidik
               terutamanya  berkaitan  dengan  pelaksanaan  program  pendidikan  bagi  kanak-kanak  masalah  pendengaran  di
               sekolah  pendidikan  khas  pada  masa  kini.  Di  samping  itu,  dapat  melahirkan  siswa  pendidik  yang  berminat
               terhadap pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kanak-kanak masalah pendengaran.

               Objektif
                i.  Memberi kesedaran tentang persekitaran PdP kanak-kanak masalah pendengaran kepada siswa guru.
                ii.  Mendapatkan maklumat berkaitan program pendidikan untuk kanak-kanak masalah pendengaran.
                iii.  Mendapatkan  maklumat  perkembangan,  ciri-ciri,  kaedah  komunikasi  dan  aktiviti  murid-murid  masalah
                   pendengaran.
               Peserta

               Siswa guru PISMP G1.1 dan G1.2 (Pendidikan Khas Masalah Pendengaran) bersama-sama dua orang
               pensyarah pengiring.




                                                            66
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71