Page 64 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 64
Aktiviti-aktiviti Sempena Karnival Memasyarakatkan OKU Peringkat Kebangsaan 2016
2.4 Sukarelawan BOCCIA
Pengenalan
Boccia merupakan sukan untuk Orang Kurang Upaya Spastik atau Cerebral Palsy. Persatuan Boccia Negeri
merupakan agensi yang bertanggungjawab melatih OKU spastik di negeri masing-masing. Kejohanan
Sukan Boccia peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 25 hingga 27 September 2016 di Pusat
Kecemerlangan Paralimpik, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kejohanan itu telah dianjurkan secara kerjasama
dengan Persatuan Boccia Malaysia (PBM), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Milo Malaysia. Bagi tujuan
melancarkan kejohanan, PBM telah menjemput sepuluh orang guru pelatih Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran untuk bantuan sukarelawan sukan tersebut.
Objektif
● Mengenali dan mendedahkan dengan lebih dekat sukan Boccia kepada guru Pendidikan Khas.
● Memperoleh pengetahuan dan kemahiran tentang peraturan-peraturan permainan.
● Memperoleh pengetahuan dan pengendalian sukan Boccia.
Peserta
10 orang siswa guru dari kumpulan J1.1 (Pendidikan Masalah Pembelajaran)
64