Page 63 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 63

2.3     Karnival Memasyarakatkan OKU

               Pengenalan

               Karnival ini merupakan program kolaboratif yang melibatkan beberapa jabatan di IPGKIK dalam mendukung
               pendidikan bagi orang kurang upaya.

               Objektif

                  i.  Mengintegrasikan Orang Kurang Upaya dalam masyarakat
                  ii.  Memupuk sifat perihatin masyarakat terhadap Orang Kurang Upaya
                 iii.  Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendayakan OKU
                 iv.  Mengoptimum potensi OKU melalui kepelbagaian dimensi hidup berkualiti
                  v.  Memperkasakan penglibatan dan pengetahuan pihak-pihak yang terlibat dalam pendidikan murid OKU
                     seperti guru, ibu bapa, dan kumpulan multidisiplin.
               Peserta

               Karnival MOKU 2016 ini melibatkan siswa guru, guru, pensyarah, kakitangan kementerian kesihatan, ibu bapa
               dan murid pendidikan khas daripada sekolah rendah berdekatan. Keseluruhan peserta seramai 180 orang.

               Impak/Rumusan

                i.  Mengiktiraf kepakaran warga IPGKIK kepada pihak luar dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek
                   pendidikan khas.
                ii.  Meluaskan  jaringan  kolaboratif  dengan  pihak  luar  khususnya  pihak  SEAMEO  SEN,  Jabatan  Kebajikan
                   Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan dan ALUMNI IPGKIK.
                iii.  Memberi pengalaman khususnya kepada siswa guru untuk menganjurkan program berskala besar.
               iv.  Memberikan IPGKIK publisiti positif  khususnya fungsi dan peranan, lokasi dan kemudahan kepada
                   masyarakat.


               Gambar Aktiviti

















            Perbincangan Selamat Pagi IMALAYSIA - Sempena Karnival Memasyarakatkan OKU Peringkat Kebangsaan 2016

            Panel 1  :  Dr Roziah Abdullah (Pengarah IPGKIK)
            Panel 2  :  Pn Alijah Ujang (Ketua Jabatan Pendidikan Khas IPGKIK)

            Bahasa Isyarat disampaikan oleh siswa guru PISMP Ameera Huda Mohamed Amir dan Nur Syamimi Nabihah Mad Shukri






                                                            63
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68