Page 24 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 24

menambah kesuburan tanah. Kaedah penutup tanaman ini juga memberikan kebaikan secara
               simbiosis kepada tanaman, kaedah ini menggalakkan pertumbuhan kulat mycorrhizal yang

               mempunyai  hubungan  mutualisme  dengan  akan  pokok.  Kulat  mycorrhizal  akan
               mendiami  akar  tumbuhan  dan  membantu  penyerapan  air  dan  nutrien  oleh  pokok
               manakala tumbuhan akan membekalkan kulat dengan karbohidrat melalui fotosintesis


                       4.  Pengurusan Nutrien Tanah


                       Mengurus masa, aplikasi dan kaedah yang tepat bagi meletakkan baja pada tanah
               tanaman adalah penting bagi meningkat kesuburan tanah. Kurang baja pada tanah boleh

               menyebabkan  tanaman  tidak  dapat  membesar  dengan  baik,  serangan  penyakit  kepada
               tanaman dan tanah bersifat berasid. Namun, baja yang berlebihan kepada tanah juga tidak

               baik kerana ia boleh menyebabkan tahap rintangan tumbuhan terhadap serangga perosak
               menjadi  rendah  disebabkan  kandungan  nitrogen  terlarut  yang  tinggi.  Hal  ini  seterusnya
               menyabkan tanaman rosak akibat serangan serangga. Penggunaan pelbagai jenis nutrien

               atau baja juga digalakkan bagi menggurangkan kandungan fosforus yang tinggi dalam tanah
               sepanjang  tahun.  Penggunaan  baja  moden  dengan  baja  organik  digalakkan  bagi
               mengimbangi penambahan fosforus dan nitrogen adalag seiring.





               Pengurusan Nitrogen (N)


              •  Nitrat nitrogen mudah terdedah kepada kehilangan larutan kerana caj negatif molekul
                  tidak dipegang oleh tapak pertukaran kation zarah tanah. Proses pertukaran berlaku
                  terutamanya pada musim gugur, musim sejuk, dan awal musim bunga.


              •  Nitrogen  dalam  baja  yang  mengandungi  urea  dan  baja  mudah  terdedah  kepada

                  kehilangan volatilisasi sebagai gas amonia apabila tidak dimasukkan ke dalam tanah.

              •  Nitrogen nitrit boleh hilang ke atmosfera melalui penukaran kepada nitro oksida dan

                  nitrik oksida gas oleh mikroorganisma di tanah yang panas dan kurang berudara.








                                                           24
   19   20   21   22   23   24   25   26   27