Page 19 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 19
organik juga merupakan tumbuhan yang mati atau sisa makanan yang diurai oleh
detritivor. Contohnya, detritivor mencerna sisa organik atau haiwan dan tumbuhan mati.
Cacing tanah merupakan contoh detritivor. Menurut Ingham, Trofymow, Ingham,
Coleman, (1985) najis cacing atau sisa makanan cacing diurai oleh pengurai seperti
bakteria dan fungi. Nematoda seperti cacing tanah memakan akar tumbuhan. Fungi dan
bakteri pula sebagai pengurai dengan memakan tumbuhan dan haiwan yang telap mati
dan mereput menjadi bahan organik.
Nematod, fungi dan bakteria merupakan pengguna primer dalam rantai makanan
detritus atau jaringan makanan dalam rajah diatas. Secara amnya, terdapat 2 jenis rantai
makanan, pertama merupakan rantai makanan herbivor dimana pengeluar dimakan oleh
herbivor. Rantai makanan kedua ialah detritus pula adalah sisa tumbuhan dimakan oleh
pengurai atau detritivor. Detrtivor, pengurai dan herbivor dikenali sebagai pengguna
primer. Oleh itu,
RANTAI MAKANAN HERBIVOR
Berikut merupakan aliran rantaian
Tumbuhan > haiwan herbivor (pengguna primer) > pemangsa ( pengguna sekunder)
Pengeluar mati > detritivor mengurai jadi serpihan contohnya cacing tanah > najis atau
serpihan bahan yang diurai oleh detritivor di urai oleh pengurai iaitu bakteria dan kulat.
Tenaga diserap 100% oleh pengeluar untuk menghasilkan makanan pada peringkat
permulaan. Berdasarkan gambarjah diatas, rumput merupakan pengeluar. Dalam
perpindahan tenaga dari satu aras trofik ke trofik yang lain bayak tenaga yang hilang. Kira-
kira 90% tenaga hilang menjadi tenaga haba dan tenaga lain. Pengguna primer seperti
pengurai dan detritivor tadi yang merupakan nematod fungi dan bakteria hanya
memperoleh 10% tenaga. Pada peringkat kedua tenaga dipindahkan dari pengurai
kepada arthropod dan arthropoda pemangsa.
Proses pepindahan tenaga sebanyak 10% daripada 10% tenaga dari pengeluar tadi
pula dipindahkan kepada pengguna sekunder. Menurut Wagg, Bender, Widmer, Van der
Heijden, (2014) hanya 1% tenaga dari pengeluar dipindahkan kepada pengguna sekunder.
90% hilang melalui proses pernafasan, pergerakan, pembiakan, pembesaran.
19