Page 21 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 21

Pada aras trofik seterusnya, ia terdiri daripada organisma hetrotrof yang tidak mampu

               mengasilkan  tenaga  sendiri  dan  memerlukan  tenaga  daripada  memakan  organisma  lain.
               Organisma dalam aras trofik kedua merupakan organisma pengguna primer, herbivor yang
               memperoleh tenaga memakan tumbuhan seperti siput, kumbang dan ulat kekek. Dan aras

               trofik paling tinggi bagi organisa yang terlibat dalam eksperimen ini ialah aras trofik 3 yang
               merupakan pengguna sekunder. Aras trofik ketiga eksperimen ini terdiri daripada organisma

               jenis shredder dan predataor seperti labah-labah dan cacing. Secara amnya akan berlaku
               kehilangan  tenaga  sebanyak  10  peratus  bagi  perpindahan  tenaga  daripada  aras  trofik
               berbeza.


               KOMPOSISI TANAH














                                                     Gambarajah 4


                       Komponen asas tanah adalah mineral, bahan organik, air dan udara. Tanah secara
               amnya terdiri daripada kira-kira 45% mineral, 5% bahan organik, 20-30% air, dan 20-30%

               udara.  Peratusan  bagi  komposisi  tanah  ini  merupakan  nilaian  terbaik  semasa  yang  boleh
               diberi kerana komposisi tanah berubah mengikut dari semasa ke semasa bergantung kepada

               beberapa faktor seperti bekalan air, jenis penanaman dan jenis tanah. Kadar sinaran matahari
               juga mempengaruhi kesuburan tanah, pendedahan yang ekstrim dalam jangka masa panjang
               boleh  menyebabkan  tanah  kehilangan  air  dan  mineral.  Makrofauna  juga  menjauhkan  diri

               daripada kawasan tanah yang terdedah cahaya matahari kerana suhu yang tinggi.

                       Kehilangan  tanaman  atau  pokok  tutup/litup  tanah  seperti  rumput  dan  lumut

               menyebabkan  kesuburan  tanah  terjejas.  Kehilangan  tumbuhan  tutup  bumi  mengurangkan
               sumber  makanan  kepada  makrofauna  dalam  tanam  kerana  aras  pertama  trofik  rantai
               makanan  terlah  terganggu.  Ketiadaan  tanaman  litup  bumi  juga  menyebabkan  tanah


                                                           21
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26