Page 17 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 17
PENGGUNA SEKUNDER DAN TERTIER
Herbivor merupakan haiwan yang memperoleh tenaga daripada tumbuhan dan
merupakan kumpulan haiwan pertama yang menjadi sumber makanan kepada haiwan
karnivor bagi memperoleh tenaga. Haiwan pengguna sekunder dan tertier juga menyumbang
kepada kesimbangan ekosistem seperti serangga. Terdapat beberapa peranan serangga
seperti polinator, dekomposer, predator (pengendali hayati), parasitoid (pengendali hayati),
hingga sebagai bioindikator bagi suatu ekosisitem. Berikut merupakan pengguna sekunder
dan tertier yang ada dalam biota tanah serta peranannya:
SEMUT HITAM DAN KERENGGA
Semut memakan bahan organik, seranggan dan haiwan lain yang mati. Aktiviti semut
ini menjadikan mereka sebagai pengurai yang mampu mengubah sifat kimia tanah dan sifat
fizikal terutamanya ketika mereka mengangkut makanan dalam tanah. Semut juga membantu
dalam proses pereputan kayu atau tumbuhan kerana semut akan membuat sarang pada kayu
yang berpenyakit. Apabila semut meninggalkan sarang mereka kulat dan bakteria akan
tumbuh dan memecahkan lignin dan selulosa pada permukaan kayu dan hasilnya terdapat
banyak ruang udara di dalam kayu. Oleh itu, proses pereputan kayu akan berlaku dengan
laju.
CACING TANAH
Nematod beperanan dalam menyumbang ammonia yang bertindak sebagai baja
dalam tanah. Nematod menghasilkan ammonia dengan memakan organisma lain seperti
tumbuhan, bakteria, fungi dan mikroatropod lain untuk memperoleh nitrogen. Setiap spesis
haiwan yang dimakan oleh nematod mempunyai nilai nitrogen yang berbeza. Hal ini
menyebabkan nematod mengandungi kandungan nitrogen yang tinggi dan akan ditukarkan
kepada ammonia dan dibuang melalui najis. Selain itu, nematod juga membantu penulenan
air, penyingkiran nutrien, dan biodegradasi bahan cemar dan mikrob patogen. Disamping itu,
nematod membantu proses pembentukan dan penyelenggaraan habitat tanah; transformasi
keadaan fizikal bahan biotik dan abiotik, pengumpulan bahan organik, pemadatan tanah,
dekompaksi tanah, pembentukan tanah.
17