Page 16 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 16

memakan pengguna sekunder, haiwan ini dipanggil karnivor. Namun tiada haiwan daripada
               pengguna tertier yang ditemui dalam eksperimen ini.  Menurut Hanna Friberg, Jan Lagerlöf

               & Birgitta  Rämert,  (2005)  pengguna  tertier  atau  pengguna  order  ketiga  terdiri  daripada
               karnivor besar yang memakan karnivor yang lebih kecil


               SIPUT KECIL

               Semut merupakan haiwan yang memakan tumbuhan hijau yang merupakan pengguna primer.

               Semut boleh mencerna tumbuhan secara separa cerna kerana mereka mempunyai enzim
               selulase. Penghasilan mucoproteins dalam najis menjadi sumber nutrien kepada tanah dan
               secara tidak lengsung meningkatkan kesuburan tanah


               DETRITIVOR


               Detritivor  merupakan  haiwan  inverbrata  yang  memakan  tumbuhan  dan  tumbuhan  mati.
               Haiwan ini juga meguraikan haiwan dan tumbuhan mati dengan bantuan enzim selulase untuk
               menguraikan  selulosa  danbateria  dan  protozoa  untuk  mengurai  tumbuhan  dan  haiwan.

               Haiwan dan tumbuhan mati akan dicerna setalah ia diurai kepada cebisan kecil untuk diproses
               menjadi bahan iorganik. Contoh haiwan detritivor ialah ulat gonggok dan cacing


               PENGURAI

                       Pengurai merupakan organisma yang membantu peroses pereputan bangkai haiwan

               dan tumbuhan berlaku dengan cepat. Proses penguraian akan tetap berlaku walaupun tanpa
               kehadiran  pengurai  tetapi  mengambil  masa  yang  lama.  Antara  organisma  pengurai  yang

               terlibat ialah haiwan invertebra yang memakan bangkai, najis dan daun tumbuhan yang mati.
               Haiwan detritivor juga merupakan pengurai yang menguraikan bangkai menjadi bahan sisa
               serpihan kecil. Sisa dan bangkai yang diurai akan menjadi mineral yang akan dilarut serap

               oleh air hujan ke dalam tanah. Nutrien ini seterusnya digunakan oleh ekosistem. Pengurai
               yang ditemui dalam eksperimen ini ialah kutu kayu. Kutu kayu berperanan sebagai pengurai.

               Kutu kayu memecah tanaman dan haiwan yang mati dan mengubah mereka menjadi nutrisi
               tanah.  Ia  menjadi  mangsa  kepada  labah-labah.  Kutu  kayu  memakan  bahan  organik  dan
               tumbuhan hidup yang lain (Bardgett & Van der Putten, 2014).














                                                           16
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21