Page 12 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 12
PERBINCANGAN
Dalam mengkaji biota tanah dan jaringan makanan berdasarkan sampel tanah yang telah
kami pilih, proses mengenalpasti jenis tanah dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan tanah
yang diambil adalah dari jenis yang berbeza. Bagi eksperimen kali ini kami telah memilih dua
jenis tanah iaitu tanah pamah dan tanah pasir. Sampel tanah A yang dipilih adalah daripada
kawasan yang mempunyai pokok mangga dengan tahap lindungan 70% - tinggi, kawasan
tanah sekitar teduh, kadar kelembapan adalah sedikit lembap dan ditumbuhi rumput. Sampel
tanah B pula di ambil di kawasan pokok pinang dengan tahap lindungan 50% - sederhana,
kadar kelembapan rendah iaitu kering dan kawasan tanah ini juga lebih terdedah kepada sinar
matahari.
TANAH A TANAH B
Hasil pemerhatian kami mendapati makrofauna banyak dijumpai dalam tanah A iaitu
tanah pamah berbanding pada sampel tanah B. secara kumulatif makrofauna besar yang
diperolehi ialah 21 dan 10 makrofauna kecil yang terdiri daripada cacing, kelkatu, siput, semut
dan lain-lain seperti dalam jadual 2. Manakala makrofauna yang ditemui dalam tanah B kurang
berbanding tanah A, secara kumulatifnya mencatat 4 makrofauna besar dan 1 makro fauna
yang teridir daripada semut, labah-labah, ulat kekek dan hama.
12