Page 15 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 15
Makrofauna berkait dengan Proses Kitaran Nutrien Dan Pereputan. Proses pereputan
sampah merupakan salah satu contoh bagi menggambarkan peranan makrofauna bagi
memecahkan dan mengurai bahan sampingan tumbuhan yang reput di samping, bangkai dan
bahan organik lain. Proses dimulakan dengan kumpulan “makroshredders” memecahkan baki
daun dan kayu-kayu kepada partikel-partikel kecil supaya mudah dipindahkan ke bahagian
lapisan tanah yang lebih dalam oleh makrofauna lain bersama bahan organik yang terlarut
lain. Pemecahan partikel baki daun dan kayu-kayu yang reput kepada bahagian-bahagian
kecil memudahkan ia diterima untuk proses penguraian kepada makrofauna kecil lain di dalam
tanah.
Haiwan makrofauna invertebra pula menggalakan aktiviti mikrobakteria melalui
pengeluaran “Fecal Pallet”. Fecal Pallet mengandungi kandungan C terlarut, N dan P dan
terdapat juga mineral sampingan seperti Ca, Mg, dan K. Biota tanah juga membantu dalam
meningkatkan produktiviti pertanian melalui kitaran nutrien asas yang diperlukan dalam
semua ekosistem, termasuklah nitrogen, fosforus, potassium dan kalsium.( J. T. Mills & B. P.
Alley, 1973). Bahan organik yang mudah larut akan menyerap ke dalam tanah ruang-ruang
kecil. Kehadiran makrofauna dalam tanah juga menjadikan fluks karbon diosida, CO2
sebanyak 20% ke udara hasil aktiviti makrofauna dalam tanah. Di dalam tanah secara relatif,
makrofauna menghasil kira-kira 2-10% CO2. Kandungan N di dalam tanah juga di lihat
mempengaruhi kesuburan tanah. Kajian daripada Encyclopedia of Soils in the Environment,
(2005) menunjukkan kandungan mineral di dalam tanah meningkat sebanyak 10-30% dengan
kehadiran ulat gonggok dan cacing.
PENGKELASAN PENGGUNA
Haiwan yang tidak dapat memproses makanan sendiri kerana tidak dapat melakukan
proses fotosintesis seperti tumbuahan menggunakan cahaya matahari. Haiwan perlu
memperoleh sumber tenaga seperti protein dan nutrein lain dengan memakan organisma lain
yang memakan tumbuhan.
` Haiwan yang memperoleh tenaga daripada tumbuhan dipanggil herbivor dan
organisma ini merupakan pengguna primer dalam rantaian makanan dan menduduki aras
trofik kedua dalam piramid tenaga. Contoh pengguna primer dalam aras trofik piramid tenaga
ialah tikus dan belalang Manakala pengguna primer dalam eksperimen biota tanah ini ialah
nematod iaitu cacing. pengguna sekunder pula merujuk kepada haiwan yang memakan
organisma daripada penguna primer. Contoh pengguna sekunder yang ada dalam
eksperimen ini ialah kutu dan labah-labah. Pengguna tertier merupakan organisma yang
15