Page 14 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 14

PERANAN MAKROFAUNA


               Peranan makrofauna kepada tanah boleh dikelaskan kepada dua iaitu peranan positif dan
               negatif. Antara peranan positif makrofauna ialah pertama memusnah tisu secara fizikal bagi

               meningkatkan  ketersediaan  bahan  untuk  aktiviti  kulat  dan  bakteria.  Kedua,  menguraikan
               bahan seperti selulosa, gula dan lignin. Ketiga, menggabungkan bahan terturai dalam tanah

               secara sekata. Keempat, menstabilkan bahan organik dan mineral di dalam tanah. Selain itu
               makrofauna  juga  membantu  kesuburan  tanah  dengan  memperlihatkan  kesannya  secara
               fizikal  seperti  membaiki  struktur  tanah,  tekstur  tanah,  mengekalkan  pergerakan  air  dan

               pertukaran gas.
                       Makrofauna  bertindak  mencampurkan  dan  mengaduk  tanah  dan  membantu  dalam

               proses perubahan struktur tanah daripada tanah yang mampat dan padat kepada tanah yang
               lebih bertekstur dan lembut. Laluan makrofauna dalam tanah telah menghasilkan ruang atau
               liang-liang  yang  menghasilkan  ruang  pengudaraan  dalam  tanah.  Bekas  tempat  yang

               dilaluinya  akan  membentuk  liang-liang  yang  memberi  manfaat  sebagai  laluan  pertukaran
               udara  dan  pergerakan  air. (Bagyaraj  Nethravathi  &  Nitin,  2016).  Kesannya  mineral  dalam
               tanah  mudah  terserak  melalui  penyusupan  air  melalui  liang  pengoksidaan  mineral  dalam

               tanah.

                       Proses  penguraian  bahan  organik  juga  berlaku  dengan  cepat  dengan  kehadiran

               makrofauna. Kebanyakkan bahan organik merupakan sumber tanaga atau makan kepada
               makrofauna dalam tanah, bahan organik adakan diproses dan dicerna oleh makrofauna dan
               sebahagian  hasil  penguraian  dibebaskan  ke  tanah  udara  semula.  Kehadiran  makrofauna

               menjadi kesimbangan nutrien dalam tanah dengan membantu mengekalkan komposisinya.

               KITAR NUTRIEN DAN PEREPUTAN

















                                                           14
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19