Page 13 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 13

PARAMETER MENENTUKAN PERBEZAAN


                       Perbezaan populasi dan bilangan makrofauna dalam dua sampel tanah di pengaruhi
               oleh faktor abiotik seperti iklim, termasuk suhu dan kelembapan, tekstur tanah dan struktur

               tanah, keasidan dan pH. Hal ini kerana pertumbuhan dan pembiakan makrofauna berlaku
               dalam  keadaan  yang  sesuai  dan  terlalu  ekstrim.  Menurut  G.  Tyler  Miller  (1971),  iklim

               mempengaruhi fisiologi organisma tanah, supaya aktiviti dan pertumbuhan mereka bertambah
               pada suhu tinggi dan kelembapan tanah.


               KEAMATAN CAHAYA

                       Tanah  yang  mempunyai  tahap  lindungan  yang  rendah  seperti  tanah  B  terdedah

               kepada keamatan cahaya yang tinggi yang akan meningkatkan suhu yang kemungkinan tinggi
               untuk bakteria. Aktiviti penguraian dan pembiakan makrofauna seperti cacing dan bakteria
               akan terganggu. Kelembapan tanah secara langsung mempengaruhi status fisiologi bakteria

               dan boleh membatasi kapasiti mereka untuk menguraikan pelbagai jenis sebatian organik (
               Harris, 1980). Penguraian dan proses pemecahan bahan organik dalam tanah terjejas dan

               makrofauna akan berpindah ke ke kawasan lain bagi mengekalkan tahap optimum aktiviti dan
               pembiakan mereka.


               KELEMBAPAN TANAH

                       Makrofauna  memerlukan  tanah  yang  mempunyai  kelembapan  yang  sesuai  bagi

               membolehkan mereka menjalankan aktiviti dengan baik. Organisma seperti namatod (cacing)
               adalah sangat peka terhadap kelembapan dan suhu (Ruess, Michelsen et al., 1999; Hoschitz
               dan Kaufmann 2004) mempengaruhi bilangan makrofauna dalam sampel tanah. Makrofauna

               kurang  dalam  sampel  tanah  B  kerana  kawasan  tanah  itu  kurang  lembap  dan  kering.
               Persekitaran ini adalah tidak sesuai bagi makrofauna untuk membiak dan menjalankan aktiviti
               kerana  tekstur  tanah  dan  struktur  tanah  adalah  kering  dan  keras.  Hal  ini  menyebabkan

               kesukaran kepada makrofauan untuk bergerak. Di samping itu, berlaku ketaksediaan bahan
               organik  untuk  diproses  kerana  bahan  organik  tidak  dapat  dipecahkan  dan  di  sebar  oleh
               makrofauna kerana keterbatasan pergerakan dalam tanah yang kering.












                                                           13
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18