Page 20 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 20
Pada peringkat terakhir tenaga, dipindahkan dari arthropods kepada binatang
pemangsa seperti burung dan tikus. Hanya 10% daripada 1% ini kemudian dipindahkan
kepada pengguna tertier yang bermakna hanya 0.1% daripada tenaga pengeluar
dipindahkan kepada pengguna tertier.
KESAN HAIWAN BAHAGIAN ATAS MATI
Haiwan bahagian atas merujuk kepada haian predator seperti burung dan tikus.
Nutrien dan tenaga tidak akan hilang begitu sahaja tetapi ia akan kembali semula ke tanah
sebagai sumber nutrien tanah. Ulat-ulat memainkan peranan sebagai pengurai semula
jadi. Organisma seperti ulat memainkan peranan sebagai pengurai semulajadi mereka
dengan memakan bangkai-bangkai haiwan yang telah mati tadi. Menurut Kyounghak et
all, (2016) sepanjang proses pemindahan tenaga dari satu tahap ke tahap yang lain 90%
daripadanya terbebas ke persekitaran dalam bentuk haba.
Rantai makanan yang boleh dibentuk dalam eksperimen ini ialah sepert berikut
TUMBUHAN SIPUT
KUMBANG KUTU
KELKATU LABAH-LABAH
ULAT KEKEK CACING
SEMUT
BAHAN ORGANIK BACILUS AMOEBA
PARAMESIUM
TROFIK ARAS 1 TROFIK ARAS 2 TROFIK ARAS 3
FOTOSINTESIS Root-feeder / parasit shredders / predator
Gambarajah 3
Rantai makanan yang boleh dibentuk daripada orgnisma yang ditemui dalam
eksperimen adalah seperti gambarajah 3. Rantai makanan akan bermula dengan pengeluar
yang berada pada aras trofik pertama dimana, memperoses tenaga menggunakan cahaya
matahari. Sebatian organik pula menukarkan tenaga karbon diosida dan mineral melalui
proses fotosisntesis.
20