Page 22 - E-BOOK AMALI BIOTA
P. 22
kehilangan struktur menjadikan mineral tidak dapat dipegang oleh tanah kerana dibawa air
larian diatas permukaan tanah ketika hujan.
Langkah-Langkah Kesuburan Tanah
1. Kurangkan Penanaman Teknik Batas Moden Terlalu Tinggi
Gambarajah 5
Penanaman menggunakan teknik penanaman batas dapat memberikan impak positif
secara umum. Hal ini kerana tanaman menggunakan teknik batas dapat meningkatkan
kandungan oksigen dalam tanah dan ruang udara. Namun penggunaan teknik ini secara
kerap boleh menyebabkan tanah kehilangan struktur dan mendedahkan bahan organik untuk
pertumbuhan tumbuhan kepada bakteria. Hasilnya tanah kehilangan bahan organik untuk
dibekalkan kepada tumbuhan dan menjejaskan kesuburan tanah. Antara teknik penanaman
batas yang sering digunakan ialah Mouldboard Plow, Disk Plow dan Chisel Plow, rata teknik
ialah mencampurkan tanah menambah tanah lain di atas tanah asal bagi meningkatkan
kesuburan tanah, membunuh haiwan perosak dan rumpai.
22