Page 15 - Transformasi Praktikum IPG
P. 15
1.1 Konsep Amalan Profesional IPG
Konsep amalan profesional di IPG adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar
terhadap budaya kerja di sekolah, memahami proses yang perlu dilakukan oleh seseorang
guru sebelum, semasa dan selepas mereka melaksanakan pengajaran, mengaplikasikan
teori-teori yang dipelajari semasa kuliah ke dalam konteks sebenar di sekolah.
1.1.1 Matlamat Amalan Profesional
Matlamat amalan profesional adalah untuk membolehkan para pelajar menguasai dan
mengamalkan konsep, prinsip, teori, kemahiran dan nilai yang perlu untuk menjadi insan
guru yang profesional, kompeten dan memiliki sahsiah guru yang unggul. Selain itu
matlamat amalan profesional juga adalah untuk membantu meningkatkan perkembangan
potensi pelajar supaya mereka mempunyai daya tahan diri dalam menghadapi pelbagai
cabaran di sekolah. Matlamat akhir proses pembinaan insan guru dalam amalan profesional
IPG adalah untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik.
1.1.2 Objektif
Objekitf pelaksanaan amalan profesional adalah untuk membolehkan pelajar;
i. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri dan mengamalkan nilai
profesional perguruan;
ii. membina daya suai, daya tahan, daya saing, daya cipta, inovasi dan kreativiti;
iii. meningkatkan keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
iv. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
v. menyepadukan teori dengan amalan dalam PdP;
vi. menguasai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik PdP;
vii. mengenalpasti dan menyelesaikan masalah PdP;
viii. membuat refleksi, penilaian kendiri dan penambahbaikan dalam semua aspek tugas
guru; dan
ix. membina teori PdP tersendiri dan ilmu profesional perguruan.
2