Page 18 - Transformasi Praktikum IPG
P. 18
Berdasarkan Rajah 1.2, program praktikum yang sistematik, berasaskan sekolah dan
bersifat developmental, akan membolehkan pelajar membina, menguasai dan mengukuhkan
ilmu profesional perguruan untuk menjadi guru permulaan yang kompeten dan berjiwa
pendidik.
Rajah 1.3: Lingkaran Amalan Profesional IPG
Berdasarkan Rajah 1.3, lingkaran bermula dengan pelajar IPG membuat pemerhatian
semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), mempelajari teori pengajaran dan
pembelajaran (pengajaran mikro dan makro), melaksanakan amalan pengajaran melalui
praktikum dan seterusnya mempraktikkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan serta
menghasilkan inovasi semasa Internship.
Dalam transformasi Amalan Profesional IPG, PBS dan Internship yang sedia ada
dikekalkan. Disamping itu praktikum dimantapkan dengan disokong oleh pendekatan Nexus
Theory and Practices yang memainkan peranan penting dalam mewujudkan
kesinambungan antara pengetahuan teoritikal yang diperoleh di IPG dengan amalan praktik
semasa praktikum di sekolah.
1.2 Transformasi Praktikum
5