Page 22 - Transformasi Praktikum IPG
P. 22

latihan  praktikum  yang  dilaksanakan  di  sekolah.  Empat  kaedah  dicadangkan  bagi
               merapatkan  jurang  antara  teori  dan  praktik  iaitu  pengajaran  mikro  dan  makro,  amalan

               pedagogi masa kini, pembelajaran berasaskan pengalaman dan refleksi. Kesemua kaedah
               tersebut akan disokong oleh sistem pementoran dan e-praktikum.


               Melalui  amalan  refleksi pula,  pelajar  akan  dapat  membuat  penilaian kendiri,  menganalisis
               aktiviti  PdP  semasa  pengalaman  amalan  profesional  di  sekolah,  mengenalpasti  kekuatan

               dan kelemahan dalam PdP, mencari alternatif dalam membuat keputusan serta mengambil
               tindakan susulan atau jalan penyelesaian untuk mempertingkatkan mutu PdP. Pelajar akan
               diberikan  pendedahan  tentang  cara  untuk  melaksanakan  refleksi  melalui  kursus

               Perancangan  Pengajaran  dan  Pembelajaran.  Amalan  refleksi  tersebut  boleh  dipraktikkan
               semasa PBS, Praktikum dan Internship di sekolah.


               Seterusnya  pengajaran  mikro  dan  makro  merupakan  teknik  latihan  perguruan  yang
               menggunakan situasi mengajar yang sebenar bagi membentuk kemahiran serta kefahaman

               yang  mendalam  berkaitan  seni  mengajar.  Teknik  tersebut  dilaksanakan  melalui  kursus
               Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang ditawarkan kepada pelajar pada Tahun 2
               Semester 2.


               Disamping  itu  amalan  pedagogi  masa  kini  didedahkan  kepada  pelajar  dalam  kursus
               pedagogi teras  dan juga kursus  Asas  Pendidikan.  Pembelajaran  berasaskan  pengalaman

               disediakan melalui kursus amalan profesional yang merangkumi Pengalaman Berasaskan
               Sekolah (PBS), Praktikum serta Internship.


                      1.2.3  Konsep Praktikum Bertema


               Praktikum  Bertema  berfokus  kepada  tema-tema  tertentu  bagi  memantapkan  penguasaan
               dan  kemahiran  pelajar  dalam  PdP.  Pelaksanaan  Praktikum  Bertema  melibatkan  empat

               komponen utama iaitu perancangan, pelaksanaan, amalan pedagogi masa kini, kemahiran
               insaniah serta refleksi dalam PdP. Setiap komponen mempunyai tema-tema yang khusus.
               Tema ini mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan insan guru yang

               profesional dan memiliki sahsiah guru yang unggul.


               Model Struktur Transformasi Praktikum Bertema seperti di Rajah 1.7 yang dicadangkan ini
               menekankan  kemampuan  pelajar  untuk  menterjemahkan  ilmu  yang  diperoleh  secara
               teoritikal  di  IPG  kepada  praktik  semasa  melaksanakan  praktikum.  Konsep  Praktikum

               Bertema ini akan mula diperkenalkan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2017.

                                                            9
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27