Page 20 - Transformasi Praktikum IPG
P. 20

menghormati peranan setiap pihak.  Perkongsian ini sangat signifikan dalam mengukuhkan
               pendekatan Nexus Theory and Practices. Perhubungan tiga penjuru ini dapat mengalakkan

               usaha  bagi  menyediakan  guru  dengan  sokongan  terbaik  untuk  membolehkan  mereka
               melaksanakan tugas dengan berkesan ketika berada di dalam bilik darjah. Justeru, adalah
               penting  bagi  ketiga-tiga  pihak  untuk  berkolaboratif  dan  seterusnya  menjamin  pendekatan

               Nexus Theory and Practices direalisasikan melalui sokongan yang diberikan kepada pelajar.



               Semasa  proses  pengintegrasian  antara  teori  dan  praktik,  IPG  mencadangkan  empat
               pendekatan  bagi  merapatkan  jurang  antara  teori  dan  praktik  iaitu  pengajaran  mikro  dan
               makro,  refleksi,  pembelajaran  berasaskan  pengalaman  dan  amalan  pedagogi  masa  kini.

               Kesemua pendekatan tersebut akan disokong oleh sistem pementoran pensyarah IPG dan
               guru sekolah yang efektif seperti mana di dalam Rajah 1.5
































                             Rajah 1.5: Kerangka konsep The Nexus Theory and Practices dalam
                                            pelaksanaan amalan profesional di IPG


               Berdasarkan  Rajah  1.5,  tujuan  pementoran  adalah  untuk  membantu  pelajar  yang  tidak
               berpengalaman untuk mencapai keseimbangan antara teori dan praktik, melalui hubungan
               yang baik antara guru novis dan mentor yang telah dilantik (Brady et al.,1998). Guru novis

               yang  bekerja  bersama  mentor  yang  terlatih  akan  mempunyai  kemahiran  mengajar  yang
               lebih tinggi berbanding dengan guru novis yang bekerja dengan mentor yang tidak terlatih
               (Evertson, Smithey & Hollaway, 2001). Justeru, mentor perlu diberi latihan tambahan bagi

               membantu  memainkan  peranan  dalam  perkembangan  profesional  guru  praperkhidmatan.




                                                            7
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25