Page 19 - Transformasi Praktikum IPG
P. 19
Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus Theory and
Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang antara teori dengan
praktis pelajar IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat
mengimbangi pengetahuan teoritikal dan praktikal pelajar dan membolehkan pemindahan
pembelajaran (transfer of learning) iaitu perkara yang telah dipelajari di IPG dapat
diaplikasikan ke dalam situasi sebenar di sekolah secara efektif.
Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia (IPG)
perlu bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan IPG bagi
memastikan pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang diperlukan.
Perkongsian yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi pemacu kepada program
pendidikan guru melalui Model Enhanced Partnership (Rajah 1.4).
Rajah 1.4: Enhanced Partnership Model
Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,
Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).
1.2.1 Rasional
Model Enhanced Partnership berfokus kepada peningkatan kolaboratif antara pensyarah
penyelia, guru pembimbing dan pelajar IPG seperti mana dalam Rajah 1.4. Model ini
menekankan kerangka kolaboratif bagi perkongsian nilai dan matlamat disamping
6