Page 16 - Transformasi Praktikum IPG
P. 16
1.1.3 Komponen Dalam Amalan Profesional
Amalan profesional dibahagikan kepada empat komponen iaitu pengalaman berasaskan
sekolah (PBS), perancangan PdP, praktikum dan internship.
Rajah 1.1 Komponen Amalan Profesional
Berdasarkan Rajah 1.1, berikut adalah huraian ringkas bagi setiap komponen tersebut;
A) Pengalaman Berasaskan Sekolah
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada amalan
profesional yang dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan
daripada perspektif seorang guru. PBS memberi pengalaman kepada pelajar tentang
sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, memahami peranan guru di dalam bilik darjah
melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti
sekolah. Melalui PBS pelajar dapat memahami sistem pengurusan sekolah, tingkah laku
murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru.
B) Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran adalah kursus yang ditawarkan pada pelajar
semasa di Semester 2 Tahun 2. Kursus ini memfokuskan kepada perancangan PdP,
profesionalisme guru, pengajaran mikro, pengajaran makro dan komuniti pembelajaran
profesional.
C) Praktikum
Praktikum ialah latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program
pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik
darjah dan sekolah. Pelaksanaan praktikum memberi tumpuan kepada proses PdP dengan
3