Page 25 - Pengurusan Prestasi Nilai Teras POISE UM
P. 25

2.0 Pembangunan Sistem Penilaian

                                               Prestasi 360°


                                               Penilaian prestasi 360  adalah satu maklum balas
                                                                          o
                                               prestasi yang formal, tersusun dan sistematik
                                               bagi individu atau kumpulan. Ia melibatkan
                                               pengumpulan data prestasi individu daripada
                                               pelbagai kategori staf dan pemegang taruh. Ia
                                               berbeza dari pendekatan tradisional yang hanya
                                               bergantung kepada maklum balas daripada
                                               penyelia (Gallagher 2008).


                                               Penilaian daripada pelbagai sumber dapat membantu memberi input
                                               serta pandangan terhadap penilaian staf. Maklum balas daripada
                                               pelbagai penilai berdasarkan penilaian 360 adalah lebih komprehensif
                                                                                    o
                                               berbanding dengan penilaian yang dilaksanakan secara individu (Fourie
                                               2008). Pendekatan 360 akan mengurangkan diskriminasi berasaskan
                                                                   o
                                               bangsa, umur, jantina dan faktor-faktor lain (Drew 2009). Kebanyakan   25
                                               majikan berpendapat maklum balas penilaian 360  adalah lebih tepat,
                                                                                          o
                                               mencerminkan prestasi yang lebih baik dan memberi kesahan (validity)
                                               berbanding dengan maklum balas daripada penyelia sahaja (Drakes
                                               2008).

                                               Pada masa yang sama, kebolehpercayaan (reliability), keadilan dan
                                               penerimaan proses maklum balas meningkat bila input diperoleh dari
                                               pelbagai sumber. Secara ringkas, ia memberi penilaian yang lebih
                                               objektif ke atas prestasi staf (Riboldi dan Maylette 2007; Drakes 2008).

                                               Di samping itu, Oshodi (2011) menegaskan sistem maklum balas
                                               penilaian 360  adalah salah satu teknik yang terbaik bagi memahami
                                                           o
                                               keperluan pembangunan individu dan organisasi. Kesannya, penilaian
                                               prestasi 360  mampu mengukur dan menilai tugas dan tanggungjawab
                                                          o
                                               seorang staf, tingkah laku serta hasil kerja staf berkenaan. Ia akan
                                               membantu memahami prestasi seorang staf dan membantu bagaimana
                                               untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan. Selain itu, penilaian
                                               ini akan membantu organisasi mengenal pasti kekangan prestasi untuk
                                               membangunkan kompetensi dalam kalangan individu atau kumpulan.
                                               Ia merupakan perkara utama dan mempunyai hubungan yang signifikan
                                               kepada penilaian prestasi 360 sebagai asas kepada penambahbaikan
                                                                         o
                                               produktiviti.
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30