Page 25 - TAKWIM SKAP 2020
P. 25
Panduan Untuk Staf
1. WAKTU PERSEKOLAHAN & KEHADIRAN GURU
Semua guru hendaklah mematuhi waktu persekolahan seperti yang tercatat dalam jadual Waktu. Guru-guru
hendaklah hadir ke sekolah selewat-lewatnya 10 minit awal sebelum bermulanya waktu persekolahan seperti
yang tercatat dalam jadual waktu. Guru-guru dingatkan agar tidak lewat masuk ke kelas dan tidak
meninggalkan kelas kerana pelbagai perkara boleh berlaku sekiranya guru tidak ada di dalam kelas. Guru-
guru adalah bertanggung jawab sepenuhnya terhadap murid sekiranya berlaku sebarang kemalangan serta
kerosakan harta benda semasa waktu pengajaran & pembelajaran guru tersebut.
2. BUKU KEHADIRAN GURU
Guru-guru hendaklah menandatangani dalam "Buku Kehadiran Guru" waktu datang dan waktu balik pada
setiap hari dan juga kedatangan untuk aktiviti tambahan pada hari Sabtu. Sekiranya guru terlupa
menandatangani waktu pulang pada hari tersebut, sila kemaskinikan waktu pulang anda pada hari berikutnya.
Buku Kehadiran Guru adalah sebagai bukti kehadiran guru untuk bertugas pada setiap hari. Guru Bertugas
Mingguan / Guru Kanan hendaklah membuat satu garisan merah di dalam Buku Kehadiran Guru pada jam
7.30 pagi bagi sesi pagi . Guru yang tidak hadir kerana cuti sakit atau terpaksa keluar menjalankan tugas di
luar, sila catatkan nama mereka dan sebab tidak dapat hadir bertugas pada bilangan yang di bawah sekali di
dalam senarai kehadiran guru. Buku Kehadiran Guru hendaklah dicatatkan Nama Guru-guru Bertugas pada
minggu tersebut pada setiap hari.
3 . JADUAL WAKTU
Jadual waktu yang telah disusun hendaklah dipatuhi oleh semua guru. Guru yang inginkan perubahan Jadual
Waktu mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar terlebih dahulu. Sila sediakan tiga salinan Jadual
Waktu Peribadi (1 salinan untuk simpanan guru, 1 salinan untuk simpanan Guru Kanan Pentadbiran, 1
salinan untuk simpanan pejabat) dan empat salinan Jadual Waktu Kelas (1 salinan untuk simpanan guru, 1
salinan untuk simpanan Penolong Kanan Pentadbiran, 1 salinan untuk simpanan pejabat dan 1 salinan untuk
dipamerkan dalam kelas) untuk ditandatangani oleh Guru Besar. Semua Jadual Waktu mestilah dikemukakan
kepada Guru Besar dalam tempoh percubaan serninggu. Guru hendaklah memaklumkan kepada pihak
pentadbiran dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang percanggahan waktu dengan guru-guru lain.
4. BUKU GURU GANTI
Guru-guru hendaklah menandatangani Buku Guru Ganti. Sekiranya terrdapat guru yang tidak hadir ke
sekolah. Memandangkan proses menggantikan guru yang tidak hadir merupakan satu perkara yang amat
sensitif, pihak sekolah ingin memohon kepada guru-guru agar dapat memberi kerjasama sepenuhnya
sekiranya diminta menggantikan guru yang tidak dapat hadir untuk bertugas di atas sebab-sebab tertentu
demi untuk melicinkan pentadbiran sekolah. Ingatlah bahawa hari ini kawan kita tidak dapat hadir
kemungkinan hari esok giliran kita pula tidak dapat hadir untuk bertugas.
5. FAIL RINGKASAN MENGAJAR/ ERPH
Fail Ringkasan Mengajar / ERPH mestilah diserahkan kepada Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat
sebelum pukul 12.00 tengah hari untuk ditandatangani bermula dari minggu kedua sekolah dibuka. Fail
Ringkasan Mengajar/ ERPH hendaklah diisi dengan teliti. Guru-guru diminta mematuhi segala peraturan
yang terkandung dalam Persediaan Mengajar . Untuk makluman guru-guru Persediaan Mengajar
merupakan sumber rujukan utama untuk menentukan. Penilaian Prestasi Tahunan guru-guru. Persediaan
Mengajar adalah hak milik sekolah dan perlu diserahkan balik selepas seseorang itu bertukar atau pada
hujung tahun. Guru-guru diwajibkan menghantar Persediaan Mengajar/ ERPH pada setiap minggu tanpa
sebarang alasan.
6. BUKU PERGERAKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN (P&P)( MMI)
Semua guru yang menjalankan proses P&P hendaklah mencatatkan butir-butir pengajarannya seperti yang
Penyelarasan Tugas dan Takwim SKAP 2020 25