Page 26 - TAKWIM SKAP 2020
P. 26
terdapat di dalam buku tersebut. Buku P&P merupakan sumber rujukan utama pihak pentadbir untuk
memastilkan samada guru tersebut masuk ke kelas atau tidak. Jangan kosongkan Buku P&P sekiranya anda
terpaksa menjalankan tugas-tugas seperti yang diarahkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Buku P&P
hendaklah diambil sendiri oleh guru masa pertama dan dihantar oleh guru masa terakhir di dalam bilik
Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelia Petang. Guru kelas hendaklah bertanggung jawab agar Buku
P&P tidak hilang. Buku P&P tidak boleh sarna sekali dikendalikan oleh murid.
7. SUKATAN PELAJARAN
Guru-guru hendaklah memasukkan Sukatan Pelajaran ke dalam Buku Ringkasan Mengajar atau dalam Fail
Khas. Sila catatkan di dalam Buku Ringkasan Mengajar bahawa "Sukatan Pelajaran di simpan di dalam Fail
Guru". Guru-guru tidak boleh mengajar apa-apa yang tidak terkandung dalam Sukatan Pelajaran. Semua
Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah dilengkapkan pada akhir Januari 2011.
8. BUKU TEKS / BUKU KERJA / BUKU RAMPAIAN
Sila pastikan semua murid yang layak menerima buku teks mendapat buku teks tersebut. Buku kerja dan
buku rampaian mestilah dimiliki oleh semua murid. Semua buku teks mestilah dijaga dengan baik. Semua
buku SPBT bendaklah dipulangkan kepada pihak sekolah pada akhir tahun, manakala buku kerja dan buku
rampaian hendaklah dipulangkan semula kepada murid-murid sekiranya guru tersebut berpindah atau
sebelum cuti persekolahan. Memandangkan banyak aduan dari ibubapa/penjaga tentang penggunaan buku
kerja, guru-guru mestilah menggunakan semua buku kerja yang dibeli oleh murid dengan sepenuhnya.
9. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Buku teks hendaklah diserahkan kepada para pelajar selewat-lewatnya pada hari pertama persekolahan. SU
dan Ahli Jawatankuasa SPBT hendaklah memastikan semua pelajar memperolehinya. Guru kelas diharap
dapat menasihatkan para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab pelajar terhadap buku-buku tersebut.
Segala urusan dan maklumat berhubung dengan pengurusannya hendaklah dibuat sebaik mungkin
berdasarkan kepaerluan dan spesfikasi yang telah ditentukan.
10. KEMASUKAN BARU
Setiap kemasukan baru mestilah direkodkan dalam Buku Rekod Kemasukan Murid yang disimpan di pejabat
sekolah. Murid baru yang tiada BORANG KEMASUKAN tidak boleh diterima masuk. Daftar kemasukan
murid mestilah dimulakan dengan murid Tahun 1 kemudian barulah diikuti oleh murid baru dari lain-lain
kelas.
AJK Pendaftaran dan Ambilan atau guru kelas hendaklah merekodkan kemasukan murid baru dalam Buku
Rekod Pendaftaran Murid bagi tahun berkenaan.
11. KEDATANGAN MURID
Seseorang murid yang tidak hadir ke sekolah mestilah membawa surat keterangan ibu bapa atau surat
doktor apaila ia hadir semula ke sekolah. Jika seseorang murid tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa
sebarang sebab "BORANG TIDAK HADlR KE SEKOLAH" hendaklah diisikan dalam 3 salinan dan dihantar
kepada ibu bapa/penjaga murid erkenaan. Jika murid tersebut tidak hadir selama 3 minggu berturut-turut
guru kelas hendaklah memberitahu Guru Besar, Ibubapa murid tersebut akan dipanggil dan jika dia tidak
hadir selama sebulan namanya hendaklah dipotong dari Jadual Kedatangan.
12. ALAT PANDANG DENGAR & BAHAN BANTUAN MENGAJAR
Guru-guru seboleh-bolehnya hendaklah menggunakan APD untuk meransangkan minat murid untuk belajar.
Sila berhubung dengan Jawatan Kuasa Pusat Sumber dan Ketua Panitia untuk mendapatkan APD. Guru-
guru dinasihatkan agar menyimpan APD di tempat yang selamat agar tidak hilang, dirosakkan atau
disalahgunakan.
Penyelarasan Tugas dan Takwim SKAP 2020 26