Page 29 - TAKWIM SKAP 2020
P. 29

Tugas Guru Bertugas Mingguan adalah seperti berikut:
                       Bertindak  sebagai  merancang  program  dan  menjadi  pengacara  majlis  dalam  perhimpunan  rasmi  dan
                       acara-acara sambutan & perayaan yang diadakan.  Mengawal disiplin dan keselamatan murid di tempat
                       rehat dan di padang pada waktu rehat.  Menulis Laporan, mengawasi kantin semasa rehat, kebersihan &
                       keceriaan sekolah serta memeriksa makanan dalam Projek RMT sekolah.

                   28. BUKU NASKAH CONTOH SERTA BUKU PANDUAN & TUGASAN GURU
                      Naskah Contoh serta Buku Panduan Dan Tugasan Guru adalah hak milik sekolah.  Guru-guru hendaklah
                      memulangkannya semula pada akhir tahun.  Sekiranya guru tersebut bertukar atau berpindah ke sekolah lain
                      maka sernua barang-barang hak milik sekolah hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah.  Guru-guru juga
                      hendaklah memulangkan semua buku kerja dan nota murid sebelum Cuti Akhir Tahun bermula.

                   29. TAKWIM, PERAYAAN KHAS SEKOLAH & MESYUARAT
                      Guru-guru  hendaklah  sentiasa  menyemak  Takwim  Sekolah  agar  semua  perancangan  sekolah  dapat
                      dijalankan  seperti  yang  tercatat  dalam  Takwim  Sekolah.    Semua  guru  diwajibkan  melibatkan  diri  dalam
                      semua perayaan yang diadakan di sekolah.  Guru yang tidak dapat hadir semasa perayaan dan mesyuarat
                      guru yang diadakan hendaklah memberi alasan secara bertulis atau mengisi borang khas yang disediakan
                      dan mestilah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Guru Besar.  Pihak pentadbir akan mengeluarkan
                      MEMO dan NOTIS PEMBERITAHUAN kepada guru-guru yang tidak hadir segala aktiviti yang dirancangkan
                      oleh pihak sekolah.

                   30.PEPERIKSAAN & UJIAN BULANAN
                       Semua  Guru  Kelas  dan  penyelaras  Kelas  adalah  bertanggungjawab  sepenuhnya  untuk  memasukkan
                       markah Peperiksaan Pertengahan Tahun & Peperiksaan Akhir Tahun serta markah Ujian Bulanan dalam
                       komputer mengikut format yang ditetapkan.  Untuk makluman guru-guru semua Borang Analisis dan Mark
                       Sheet  hendaklah  dibuat  dengan  menggunakan  komputer  sejajar  dengan  perkembangan  teknologi
                       maklumat.
                       Solan-soalan  hendaklah  disemak  oleh  penggubal  soalan  dan  disahkan  dahulu  oleh  Ketua  Panitia  Mata
                       Pelajaran  berkenaan.  Soalan  yang  tidak  mengikut  kriteria  peperiksaan  akan  dipulangkan  semula  kepada
                       penggubalnya. Satu salinan soalan hendaklah diserahkan kepada SU Peperiksaan untuk disimpanan di Bank
                       Soalan. Pada muka surat akhir kertas peperiksaan hendaklah dicatatkan tentang perkara-perkara di bawah.

                       1. Soalan disediakan oleh …………………………………… (Nama & tandatangan Penggubal soalan)
                       2. Soalan disemak oleh ………………………….…… (Nama & tandatangan K. Panitia Matapelajaran)
                       3. Disahkan oleh…………………………..(Nama & tandatangan Guru Kanan Kurikulum/Ketua Panitia)

                       Rekod  Prestasi  Ujian  Bulanan  hendaklah  diserahkan  kepada  ibubapa  /  penjaga    2  minggu  selepas
                       peperiksaan  dijalankan.  Guru-guru  diingatkan  agar  tidak  berbual  atau  meninggalkan  bilik  peperiksaan
                       semasa peperiksaan dijalankan.


                          PANDUAN SISTEM PEMANTAUAN HEADCQUNT (TOV &  KATEGORI

                          Kategori Cemerlang       :  Minimum semua A dalam semua mata pelajaran
                                                      utama.
                          Kategori Potensi Cemerlang   :  Mencapai minimum A dan B dalam semua mata pelajaran utama.
                          Kategori Lulus           :  Mencapai minimum B dan C dalan1 semua mata
                                                      pelajaran utama.
                          Kategori Potensi Lulus    :  Mencapai minimum C dan D d alam semua mata pelajaran
                                                      utama.
                          Kategori Kritikal        :  Tidak mencapai tahap pencapaian minimum dan mencapai E
                                                      dalam semua mata pelajaran utama.





                   Penyelarasan Tugas dan Takwim SKAP 2020                                                           29
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34