Page 27 - TAKWIM SKAP 2020
P. 27

13. KERJA BERTULIS MURID
                       Murid sepatutnya diberi kerja bertulis dalam kelas dan di rumah.  Semua kerja murid mestilah diperiksa oleh
                       guru dan bukannya murid dari masa ke semasa.

                   14. KEGIATAN KOKURIKULUM
                      Semua kegiatan Kokurikulum hendaklah dijalankan mengikut jadual yang disediakan.  Kedatangan murid dan
                      aktiviti  yang  dijalankan  hendaklah  direkodkan  seliap  kali  aktiviti  dijalankan.    Semua  kegiatan  kokurikulum
                      yang,  dijalankan  mestilah  dengan  pengawasan  guru.    Guru-guru  persatuan  dan  unit  beruniform  adalah
                      bertanggung  jawab  sepenuhnya  ke  atas  sebarang  perkara-perkara  yang  tidak  dingini  sekiranya  berlaku
                      semasa kegitan kokurikulum tersebut dijalankan.

                   15.  KEBENARAN KELUAR KELAS
                      Kebenaran  keluar  kelas  hendaklah  dihadkan  kepada  2  orang  murid  sahaja.    Kad  Kebenaran  Keluar
                      hendaklah dipakai setiap kali murid keluar.  Murid yang tidak memakai Kad Kebenaran Keluar akan didenda.
                      Murid hendaklah berbaris di luar kelas sebaik sahaja loceng dibunyikan.  Mereka juga hendaklah berbaris di
                      koridor kelas semasa berlakunya pertukan kelas, Semasa keluar rehat dan sebelum bersurai.  Sekiranya hari
                      hujan murid hendaklah berbaris di koridor kelas.  Murid tidak digalakkan keluar kelas sebaik sahaja loceng
                      tamat waktu rehat dibunyikan kecuali atas alasan kecemasan.

                   16.PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS
                      Guru-guru tidak boleh memakai baju "T" semasa mengajar di dalam kelas kecuali waktu PJK .  Guru dilarang
                      memakai pakaian yang mencolok mata semasa mengajar.  Baju batik  boleh dipakai pada hari Khamis atau
                      semasa terdapat perayaan dan upacara rasmi sahaja jika dibenarkan.

                   17  KEBENARAN CUTI SAKIT
                       Guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana uzur mestilah mernberitahu pihak sekolah secepat mungkin
                       agar jadual ganti dapat dibuat secepat mungkin.  Sila serahkan sijil cuti sakit kepada Guru Besar (Sesi Pagi)
                       untuk ditandatangani dan direkodkan.  Cuti sakit merupakan hak peribadi guru.  Walaubagaimanapun guru-
                       guru diingatkan agar tidak menyalahgunakan keistimewaan cuti sakit yang diberikan.  Fikirkanlah masalah
                       kawan-kawan yang terpaksa menggantikan kelas dan juga harapan ibubapa / penjaga terhadap guru-guru
                       agar mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

                   18.  KEBENARAN CUTI REHAT KHAS
                       Guru-guru boleh mngambil cuti rehat khas sekiranya perlu.  Cuti rehat khas hanya boleh diambil pada hari
                       perayaan atau pada hari yang ditetapkan sahaja.  Guru-guru yang ingin memohon cuti rehat khas hendaklah
                       mengisi borang dan menyerahkan kepada Guru Kanan Pentadbiran sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum
                       tarikh cuti dipohon.  Pihak sekolah hanya meluluskan seramai 1 orang guru sahaja bagi setiap cuti rehat
                       yang  dipohon.    Walau  bagaimanapun  pihak  sekolah  hanya  akan  meluluskan  cuti  rehat  khas  sekiranya
                       ketiadaan guru tersebut tidak menjejaskan perjalanan pentadbiran persekolahan.

                   19.  KEBENARAN KELUAR SEMASA WAKTU BERTUGAS
                       Guru yang hendak keluar pada waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran secara bertulis dari Guru
                       Besar I Guru Kanan terlebih dahulu dan sila rekodkan dalam BUKU KEBENARAN KELUAR yang terdapat di
                       pejabat.    Guru-guru  dinasihatkan  agar  menyeIesaikan  urusan  peribadi  di  luar  waktu  bertugas.    Pihak
                       pentadbir  sekolah  hanya  akan  mempertimbangkan  kebenaran  keluar  atau  balik  awal  untuk  kes-kes
                       kecemasan  sahaja.    Kebenaran  keluar  atau  balik  awal  yang  bukan  hal-hal  peribadi  tidak  akan
                       dipertimbangkan.  Seseorang guru itu diwajibkan berada di kawasan sekolah sepanjang waktu bertugas yang
                       telah  ditetapkan.    Guru-guru  yang  mendapat  kebenaran  keluar  atas  sebab-sebab  kecemasan  hendakIah
                       menguruskan sendiri guru ganti di dalam borang yang disediakan.


                   20. NOTIS PENGUMUMAN & EDARAN
                       Semua pengumuman, notis dan edaran kepada ibubapa / penjaga hendaklah disampaikan kepada murid


                   Penyelarasan Tugas dan Takwim SKAP 2020                                                           27
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32