Page 28 - TAKWIM SKAP 2020
P. 28
secepat mungkin. Guru hendaklah bertanggungjawab memungut semula keratan jawapan daripada murid
dan menyerahkan kepada pihak tertentu seperti yang ditetapkan. Semua notis dan surat menyurat mestilah
ditandatangani dan dibenarkan oleh Guru Besar. Sebarang pengumuman kepada murid boleh disampaikan
melalui Guru Bertugas Mingguan semasa perhimpunan.
21. BUKU STOK & ANAK KUNCI
Guru-guru yang memegang buku stok henclaklah menyemaknya pada awal dan akhir tahun. Buku stok
hendaklah dikembalikan ke pejabat pada akhir penggal persekolahan. Semua anak kunci hendaklah
dikembalikan kepada pihak sekolah pada akhir tahun. Guru-guru yang mengambil anak kunci di pejabat
hendaklah menandatangan di dalam buku yang disediakan.
22. KECERIAAN KELAS
Guru hendaklah mencuba sedaya upaya untuk menceriakan bilik darjah agar dapat menambahkan minat
murid untuk belajar. Guru-guru kelas boleh melantik AJK Keceriaan Kelas dan sila pamerkan Carta
Organisasi Kelas tersebut. Diharap guru-guru kelas dapat menyediakan perkara-perkara berikut:
a. Jadual Bertugas
b. Jadual Waktu
c. Carta Organisasi Kelas
d. Kalendar
e. Keperluan PAK21
23. KETUA DARJAH
Guru-guru kelas hendaklah melantik seorang Ketua Darjah dan seorang Penolong Ketua Darjah yang benar-
benar dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan. Setiap orang Ketua Darjah dan Penolong Ketua
Darjah dikehendaki membeli tali leher yang dibekalkan oleh sekolah. Sila beritahu mereka tentang tugas-
tugas yang patut mereka lakukan. Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah perlu menjaga kelas semasa
waktu rehat.
24. MEMBENARKAN MURID BALIK AWAL
Guru yang membenarkan murid balik awal adalah atas risiko sendiri. Pihak sekolah tidak akan
bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan sekiranya berlaku ke atas murid tersebut. Sila rekodkan
dalam BUKU KEBENARAN MURID BALIK AWAL terJebih dahulu sebelum membenarkan murid
meninggalkan kawasan sekolah. Guru Darjah atau Guru yang membenarkan murid pulang awal hendaklah
menandatangani buku tersebut terlebih dahulu.
25. TAG NAMA BERSULAM
Guru-guru hendaklah memastikan bahawa setiap orang murid sentiasa memakai sama ada Tanda nama
bersulam atau tanda nama plastik untuk menunjukkan identiti murid di sekolah ini. Guru-guru hendaklah
memastikan bahawa setiap tanda nama yang dipesan hendaklah ditulis dengan jelas dan terang dalam borang
pesanan tanda nama. Sekiranya berlaku kesilapan pada ejaan tanda nama tersebut dilakukan oleh guru kelas,
maka guru tersebut hendaklah menggantikan tanda nama yang salah ejaan itu sebagaimana harga berkenaan.
26. MENGGUNAKAN MASA PENGAJARAN UNTUK PERMAINAN SELEPAS PEPERIKSAAN
Proses Pengajaran & Pembelajaran mestilah dijalankan sehingga akhir tahun. Guru-guru yang
membenarkan murid bermain selepas waktu peperiksaan hendaklah mengawasinya dengan rapi agar tidak
berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Pastikan keselamatan murid diambil kira semasa aktiviti
dijalankan. Guru-guru hendaklah mengawasi murid agar tidak bising semasa permainan dalam dijalankan.
27. GURU BERTUGAS
Semua guru bertugas mingguan hendaklah mematuhi prosedur guru bertugas seperti yang ditetapkan. Guru
Bertugas Mingguan hendaklah datang 20 minit awaI sebelum loceng dibunyikan dan pulang 20 minit lewat
selepas loceng tamat persekolahan dibunyikan. lni bertujuan untuk memastikan semuanya selamat sebelum
meninggalkan sekolah pada waktu pulang. Guru Bertugas Mingguan bertanggungjawab ke atas segala
masalah disiplin dan keselamatan murid sepanjang minggu ia bertugas. Hanya kes-kes yang serius sahaja
hendaklah dirujuk kepada pihak pentadbir.
Penyelarasan Tugas dan Takwim SKAP 2020 28