Page 215 - Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
P. 215

Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development | 205
                                  ©  Zakat & Waqf: Impact on Women and Community Development
                                                            ISBN 978-967-####-##-#

            sedang dilakukan oleh pihak LZNK ke arah penguatkuasaan undang-
            undang dengan memantapkan beberapa aspek seperti prosedur, SOP,
            kefahaman dan sebagainya.

            PENUTUP

            Kajian  ini  merumuskan  ,  terdapat  beberapa  cadangan  dan
            penambahbaikan untuk meningkat kutipan zakat pertanian di Kedah
            yang diringkaskan seperti berikut:

            i.  Melantik ejen kutipan zakat padi (amil atau penolong amil) dari
               kalangan ketua unit Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang
               mempunyai hubungan secara langsung dengan petani dan mereka
               lebih mesra dengannya.
            ii.  Promosi dan dakwah yang menyeluruh kepada para petani melalui
               saluran-saluran  seperti  media  perdana  (radio  dan  tv),  risalah  ke
               kampung-kampung, iklan-iklan zakat di kawasan penanaman padi.
               Promosi  juga  hendaklah  dipelbagai  tempat  dan  tidak  hanya
               dilakukan di masjid sahaja.
            iii.  Menyediakan  insentif  dan  ganjaran  dalam  bentuk-bentuk  yang
               bersesuaian dengan petani yang konsisten membayar zakat padi
               kepada  LZNK.  Dicadangkan  insentif  berbentuk  peralatan
               pertanian,  barangan  keperluan  keluarga  dan  sebagainya  seperti
               yang diberikan kepada pembayar-pembayar zakat pendapatan.
            iv.  Menggerakkan kembali sistem bancian yang dilakukan oleh amil
               sebelum ini. Amalan ini terhenti atas sebab-sebab yang tidak dapat
               dipastikan. Cadangan bancian dilakukan merangkumi aspek jumlah
               zakat,  senarai  fakir  miskin  di  kawasan  petani  dan  juga  senarai
               penyewa tanah sawah.
            v.  Penguatkuasaan  undang-undang  kepada  petani  yang  ingkar  atau
               sengaja  tidak  mahu  membayar  zakat.  Tindakan  ini  berdasarkan
               kepada peruntukan yang ada dalam Enakmen Zakat Kedah 2015.




                                                                          201
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220